Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Heartbreak for MMT Junior again |  Two police reports on MP’s alleged tryst |  'Corrupt people must be punished' |  Fendi Mardi boleh pergi jauh dalam industri seni suara tanah air |  Buah durian Ranau jadi tarikan pengunjung luar |  Kusai nasamanan nopujulan kiniopon id talun-alun Lahad Datu |  Tinimungan manazang mokianu usin RM4 lizong |  Researchers seeking new ways to protect mangroves |  MATRADE promotes Malaysia capabilities in Asia |  Celcom first telco globally to be ISO 18295-2:2017 certified |  Digi rewards customers through new app |  Anugerah Hadiah Sastera Sabah, Galakan Buku Umum 2018 tawar ganjaran keseluruhan RM40,000 |  UMS Color Run meriahkan sambutan Hari Malaysia |  Mayat lelaki ditemui atas jalan raya di pusat bandar Lahad Datu |  ESSZONE: Polis akan temui nelayan, pengusaha pelancongan dan penternak ikan | 
 BM

Lelaki rakam bawah skirt wanita guna telefon bimbit ditahan

12th September, 2018

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jaman yang didakwa merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah kedai cermin mata ditahan di Solaris Dutamas, Sri Hartamas, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata lelaki berusia 47 tahun itu ditahan 1 tengah hari kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan .

“Suspek ditahan untuk siasatan terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Pada Ahad, dilaporkan Azis memecat seorang pegawainya susulan perilaku keji individu berkenaan di sebuah kedai cermin mata.

Azis dilaporkan berkata beliau memecat pegawai tersebut serta-merta selepas mengambil maklum akan laporan polis serta rakaman kamera litar tertutup berhubung perilaku individu berkenaan yang ditularkan oleh netizen.

Katanya perbuatan individu tersebut menjejaskan imej dan kredibiliti beliau selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri serta Pejabat Timbalan Menteri.

Klip video berdurasi lebih satu minit yang memaparkan perilaku pegawai berkenaan merakam video di bawah skirt petugas wanita di sebuah kedai cermin mata tular menerusi media sosial. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse