Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Esscom papanau pongkimamaan popoinsavat koumohigan pitakasan Esszone |  Lahan injin Malalap toodon mahik |  APPM minagau sigup ii sinansagan suminuang |  Kusai natagak ontok monginsada id Bavang Segaliud |  Sabah pinopoimagon palan kosudong kotundaan komuhakan |  Kenangan indah masih segar |  Warga UMS bersihkan Pantai ODEC, kutip 1.8 tan sampah |  Jimmy: Longgokan tayar di kawasan bengkel perlu diselesaikan |  Tindakan penculik muat naik video acu parang ke leher mangsa adalah perang psikologi: Fuzi |  Rozman minta waktu operasi Klinik Kesihatan di UTC dilanjutkan |  Landasan kereta api dari Tenom- Melalap akan dibina semula: Peter |  APMM Lahad Datu tahan bot, rampas rokok |  ESSCOM pertingkat keselamatan perairan Esszone, kata Ayub |  Daikin launches R32 inverter air conditioning series |  Celcom’s customer experience receives international recognition | 
 BM

KPDNHEP kesan empat peniaga lakukan kesalahan

7th September, 2018

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Lahad Datu berjaya mengesan empat peniaga di sini yang didapati melakukan kesalahan melibatkan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Ketua Pejabat KPDNHEP daerah ini, Rino Hisham Abu Bakar berkata, kesalahan itu dikesan menerusi pemeriksaan premis dan SST yang telah diadakan di beberapa buah premis perniagaan di sekitar bandar Lahad Datu pada Isnin dan Rabu.

“Dalam pemeriksaan tersebut kita dapati empat peniaga telah melakukan kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. Kesemua mereka telah dikenakan kompaun serta-merta,” katanya sewaktu dihubungi di sini, kelmarin.

Dalam pada itu kata Rino, sepanjang pemeriksaan dijalankan didapati rata-rata premis yang diperiksa tidak menaikkan harga selepas 01 September 2018.

“Walaubagaimanapun kita hanya memberi peringatan dan nasihat secara lisan kepada peniaga premis-premis ini agar mereka tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya ke atas barangan stok lama iaitu stok yang sampai sebelum 01 Sept 2018,” katanya.

Mengulas lanjut Rino berkata, pihaknya juga akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati selain mematuhi arahan yang telah ditetapkan dibawah kementerian KPDNHEP

“Sebarang aduan dan maklumat mengenai ketidakpatuhan para peniaga hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pihak KPDNHEP dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Lahad Datu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan juga boleh menghubungi pejabat KPDNHEP daerah ini ditalian 089-886090,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse