Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 BM

Cuepacs sambut baik penyeragaman gaji minimum RM1,050 seluruh negara

7th September, 2018

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik pelaksanaan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata biarpun nilainya tidak begitu tinggi, namun Cuepacs berpuas hati kerana terdapat sedikit perubahan dalam angka gaji minimum dalam sektor pekerjaan.

“Pengumuman gaji minimum semalam merupakan pengumuman pertama. Harapan Cuepacs kepada kerajaan adalah agar kajian berkaitan pelaksanaan gaji minimum dilakukan secara berterusan.

“Cuma kita menaruh harapan kepada janji kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) iaitu kadar gaji minimum ditetapkan sebanyak RM1,500 di seluruh negara,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi kelmarin.

Kerajaan semalam mengumumkan bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara selepas menimbang syor- syor yang diberikan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.

Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1, 000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam pada itu, Azih juga menggesa kerajaan untuk menyemak semula kadar gaji minimum di sektor awam dengan menaikkan sedikit kadar yang sedia ada.

“Gaji minimum di sektor awam ditentukan berdasarkan kelayakan akademik, iaitu dalam kerajaan kelayakan akademik minimum ialah kelulusan PT3 ataupun PMR. Jadi, sudah tiba masanya untuk kerajaan menaikkan sedikit lagi gaji minimum ini agar ia setaraf dengan pencapaian akademik,” katanya.

Sementara itu, pengumuman gaji minimum baharu itu turut mendapat perhatian anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitternya yang berkata isu gaji minimum sangat rumit sebab melibatkan majikan dan pekerja.

“Saya rasa RM1,200 paras yang sesuai dan realistik untuk kenaikan pertama di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Namun, kerajaan dilihat telah tunduk kepada kehendak majikan dan tidak memihak kepada pekerja.

“Kerajaan perlu mengimbangi kepentingan majikan dan pekerja. Kalau paras terlalu tinggi, boleh menjejaskan kedudukan majikan. Kalau terlalu rendah, nasib pekerja tidak dijaga. Namun, pengumuman kerajaan bahawa gaji minimum terbaru adalah RM1, 050 berbanding RM1,000 mengecewakan,” katanya menerusi hantaran itu. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse