Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pesta Rumbia harus dipertahan: KM |  Projek Agropolitan Gana perlu disiapkan segera: Shafie |  Agensi kerajaan diminta kembalikan tanah milik rakyat |  Liew: Permohonan dapatkan peruntukan bina 150 PPRT Kg Gas sudah dikemuka kepada KKLW |  Sabah bakal berdepan krisis pekerja ladang |  Poor finishing haunts Sabah again |  Mika wary of Kedah threat |  KK, Tawau in Group of Death |  SEPA: Study on Sabah energy should not be limited to coal |  Kuala Penyu to get new Ko-Nelayan building next year |  Six-man gang who mugged police constable arrested |  Shafie wants govt agencies to return the rakyat’s land |  Suspected child molester nabbed |  Sabah facing labour shortage in 10 years |  Onom sabap ra kua 7-Eleven ra Jipun moonsoi | 
 Leisure

Ruth Gidion giat berlatih single terbaharu

5th September, 2018

Ruth Gidion, seorang lagi artis baharu yang baru saja memenangi Cabaran Sihat Bersama FH Production Jun lalu, kini meneruskan penglibatan seninya dengan giat berlatih untuk single terbaharunya.

Ahad lalu, Facebook FH Production telah memaparkan gambar-gambar terkini Ruth bersama komposer lagunya yang juga pemilik FH Production dan artis tempatan, Freddy Harmthon.

Mengenali lagunya itu, Ruth memberitahu lagu itu merupakan hadiah daripada kemenangannya dalam program sihat anjuran FH Production sebelum ini.

Ruth menyifatkan lagu berentak dangdut itu amat mencabar baginya dan mentuntutnya banyak berlatih.

“Lagu itu perlu menggunakan pelbagai teknik vokal, berbeza dengan lagu berentak balada mahupun Sumazau.

“Lagu berentak dangdut memerlukan teknik lantunan suara yang agak sukar,” katanya mengakui kurang arif dengan teknik penyampaian lagu-lagu berentak dangdut.

“Saya cukup risau selepas menerima demo lagu ini minggu lepas kerana memang kurang berpengalaman menyanyikan lagu sedemikian,” katanya lagi.

Bagaimanapun menurut Ruth selepas berlatih bersama Freddy, dia kini semakin yakin dapat membawakan lagu itu dengan baik semasa rakaman kelak.

Sementara itu Freddy berkata, Ruth hanya perlu banyak berlatih supaya dapat membawakan lagu ciptaannya itu dengan baik seterusnya berharap akan menjadi pilihan pendengar serta peminat lagu-lagu tempatan.

“Pada saya, Ruth berkebolehan membawakan lagu itu dengan baik, cuma berasa ragu dan kurang yakin untuk mencuba.

“Namun selepas saya memberikan tips, dia sudah boleh melantunkan vokal dangdutnya dengan baik,” kata Freddy. Menurut Freddy lagi, selain mengajarkan teknik lontaran vokal, dia juga telah memberikan tugasan kepada Ruth untuk belajar daripada rakaman awal yang dibuat.

“Masih terdapat sedikit kekurangan semasa rakaman awal dan saya berharap Ruth terus memperbaiki mana-mana kelemahan demi meningkatkan kualiti lontaran vokalnya untuk lagu dangdut,” katanya.

Ruth dijadualkan untuk merakam lagu pada pertengahan bulan ini dan Freddy yakin proses rakaman menjadi lebih mudah.

“Dia ada sikap ingin mencuba dan mudah mempelajari teknik diberikan,” katanya lagi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse