Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pesta Rumbia harus dipertahan: KM |  Projek Agropolitan Gana perlu disiapkan segera: Shafie |  Agensi kerajaan diminta kembalikan tanah milik rakyat |  Liew: Permohonan dapatkan peruntukan bina 150 PPRT Kg Gas sudah dikemuka kepada KKLW |  Sabah bakal berdepan krisis pekerja ladang |  Poor finishing haunts Sabah again |  Mika wary of Kedah threat |  KK, Tawau in Group of Death |  SEPA: Study on Sabah energy should not be limited to coal |  Kuala Penyu to get new Ko-Nelayan building next year |  Six-man gang who mugged police constable arrested |  Shafie wants govt agencies to return the rakyat’s land |  Suspected child molester nabbed |  Sabah facing labour shortage in 10 years |  Onom sabap ra kua 7-Eleven ra Jipun moonsoi | 
 Leisure

320 peserta sertai Kayuhan Hari Merdeka 2018 anjuran JHK Events

4th September, 2018

LABUAN: Seramai 320 peserta yang melibatkan penyertaan dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Brunei Darussalam memeriahkan Program Kayuhan Hari Merdeka 2018 yang diadakan di Jalan Merdeka, Dataran Labuan, pada Sabtu.

Program anjuran JHK Events dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan serta Dorset Grand Hotel Labuan diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke 61.

Majlis perlepasan para peserta telah dilakukan oleh Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan, Bazlina Bakri.

Hadir sama, Pengerusi JHK Events, Jamil Kario dan Pengurus Besar Dorset Grand Hotel Labuan, Masni Shaik Dali. Sementara itu, Pengerusi JHK Events, Jamil Kario berkata, daripada 320 peserta seramai, 111 merupakan peserta tuan rumah (Labuan), 86 peserta daro Sarawak, 44 peserta dari Sabah dan 86 peserta dari negara Brunei Darussalam dean selebihnya peserta dari Semenanjung Malaysia.

Jelasnya, Kesemua para peserta telah berjaya menamatkan kayuhan sejauh 30 kilometer melalui beberapa batang jalan raya bermula dari Jalan Merdeka di Dataran Labuan menuju ke Jalan Jumidar Buyong, Jalan Tun Mustapha, Jalan Kinabenua, Bebuloh, Sungai Pagar, Jalan OKK Daud, Jalan Mohamed salleh dan kembali semula ke Dataran Labuan.

“Selain untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 61, program ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat patriotik disamping merapatkan hubungan silaturahin dikalangan para peserta yang datang daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung dan Brunei Darussalam” katanya ketik dihubungi di sini kelmarin.

Jamil yang juga Pengerusi Penganjur program itu berkata, para peserta yang berjaya menamatkan kayuhan tidak pulang dengan tangan kosong keraana pihak penganjur telah menyediakan lebih 20 hadiah cabutan tiket bertuah dengan hadiah utamanya dua buah basikal, 11 biji helmet basikal dan aksesori basikal sumbangan daripada Tarson Marketing Sdn. Bhd, Hsiung Trading Kota Kinabalu dan Cyclepro Sports Appeal Selangor.

“Manakala pihak Dorsett Grand Hotel Labuan dan JHK Events menaja sarapan pagi untuk para jemputan khas dan para peserta” katanya. -Oleh JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse