Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dabra Sia magangat tambalut artis mamalan ababayan kotundunan |  Sabah mangatag kategori lahan kotombuhuzan habus kakadazan tuidongon |  Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas |  Wisma Kastam Labuan berwajah baharu |  Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid |  Foreigner with crystal meth nabbed |  ‘Sabah’s diverse society remains a vital ingredient’ |  FCAS ready to build Wisma Zhong Hua if there is land |  Outstation express bus services kick off operations at KK Sentral |  To dam or not to dam |  SM Lok Yuk shuttlers rule |  108 extreme athletes participate in tournament |  Labuan fans treated to MMA action |  Open opportunity to discuss tennis development |  Non-performing loans to rise 98 pct | 
 EDUCATION

210 pelajar Pusat Tingkatan Enam sertai larian Fun Run 3.86 kilometer zon Sabah Sarawak dan Labuan

27th August, 2018

TENOM: Seramai 210 peserta pelajar Pusat Tingkatan Enam menyertai Larian Fun Run 3.86 kilometer peringkat zon Sabah, Sarawak dan Labuan anjuran SMK Kemabong di sini baru-baru ini.

Kejohanan itu adalah anjuran Pusat Tingkatan Enam Kemabong dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tenom dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Kejohanan yang dijalankan secara berpasukan berpasangan lelaki dan perempuan merupakan antara pendekatan mempromosikan Pusat Tingkatan Enam SMK Kemabong yang terletak 35 kilometer dari pekan Tenom dan sekali gus memperkenalkan pusat ini sebagai institusi pengajian yang terdapat di kawasan daerah ini.

Selain itu, penganjuran ini juga merupakan ‘School Base Inisiative’ Unit Kokurikulum Tingkatan Enam membolehkan pelajar mendapatkan markah peringkat yang lebih tinggi secara langsung dapat bersaing dengan Kolej atau Pusat Tingkatan yang lain seluruh Malaysia yang diuruskan oleh Guru Kokurikulum Tingkatan Enam, Jekius Karim.

Penolong Pegawai Daerah Tenom, Martinus Lunggeh ketika merasmikan acara itu berkata, acara itu merupakan platform yang baik bagi setiap peserta melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan bermanfaat.

Beliau juga mengharapkan setiap peserta mengamalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang berlandaskan kesihatan demi menjamin kesejahteraan hidup.

Penolong Kanan Tingkatan Enam, Mahaddy Rosdy berkata, larian Fun Run 3.86 km merupakan wadah dengan memberi peluang dan ruang kepada pelajar tingkatan enam melibatkan diri dalam bidang sukan yang dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka supaya dapat meningkatkan prestasi terutama dalam pertandingan yang lebih tinggi.

”Ini juga bagi membolehkan permarkahan kokurikulum bagi tingkatan enam untuk kemasukan ke Universiti Awam, dan memberikan pengalaman dan pengetahuan dalam menganjurkan aktiviti sukan, kepimpinan serta latihan dalam pengurusan sukan kepada pelajar-pelajar dengan melibatkan mereka dalam jawatankuasa pengelolaan,” katanya.

Turut hadir Pegawai Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Tenom, Zainudin Jalani dan guru-guru akademik Tingkatan Enam yang mengambil bahagian dalam acara larian tersebut .

Pusat Tingkatan enam SMK Bingkor muncul juara dan naib juara Fun Run 3.86 kilometer tersebut, sementera itu tempat ketiga dimenangi oleh SMK Kemabong Tenom.

Juara, naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang medal dan sijil, sementera tempat keempat hingga ke 10 juga menerima medal dan sijil. Sementera itu, pihak penganjur turut memberikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang menyertai Fun Run ini.- OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse