Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dabra Sia magangat tambalut artis mamalan ababayan kotundunan |  Sabah mangatag kategori lahan kotombuhuzan habus kakadazan tuidongon |  Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas |  Wisma Kastam Labuan berwajah baharu |  Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid |  Foreigner with crystal meth nabbed |  ‘Sabah’s diverse society remains a vital ingredient’ |  FCAS ready to build Wisma Zhong Hua if there is land |  Outstation express bus services kick off operations at KK Sentral |  To dam or not to dam |  SM Lok Yuk shuttlers rule |  108 extreme athletes participate in tournament |  Labuan fans treated to MMA action |  Open opportunity to discuss tennis development |  Non-performing loans to rise 98 pct | 
 BM

Rumah sewa rosak teruk dihempap pokok

2nd August, 2018

OLEH JAINUDIN DJIMIN

LABUAN: Sebuah rumah sewa di Blok 5, Kampung Layang-Layangan dekat sini mengalami kerosakan teruk dihempap pokok, petang Selasa.

Turut mengalami kerosakan dua buah kenderaan dan sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran rumah itu dipercaya milik penghuni yang menyewa di rumah tersebut.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Kampung Layang-Layangan yang menerima panggilan kira-kira jam 2.26 petang bergegas ke tempat kejadian untuk membantu membersihkan pokok yang menghempap anjung rumah berkenaan.

Semua penghuni yang mendiami rumah berkenaan dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan. Difahamkan juga rumah sewa itu dimiliki oleh mantan Ketua Kampung, Haji Majid Maggal.

   
Email Print
   
 
 
E-browse