Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

RM2j tambahan untuk PPRT, baik pulih rumah di Sabah

24th July, 2018

KOTA KINABALU: Kerajaan pusat akan menambah RM2 juta peruntukan bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan membaik pulih rumah rakyat di Sabah untuk tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun berkata peruntukan tambahan itu menjadikan baki peruntukan tahun ini bagi tujuan itu sebanyak RM18 juta kepada RM20 juta.

“Walaupun ada kekangan kewangan negara, kami perlu imbangkan keadaan kewangan dengan keperluan rakyat.

“Namun, ada beberapa projek pembangunan terdahulu yang akan diteruskan yang mengutamakan permintaan mendesak rakyat seperti PPRT, bekalan air dan elektrik serta jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini kelmarin.

Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandara Sabah Ewon Benedick.

Sebelum ini, kerajaan pusat terdahulu melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memperuntukkan RM66 juta bagi PPRT dan membaik pulih rumah di Sabah, yang RM48 juta telah dibelanjakan.

Mohd Shafie menyambut baik kerjasama antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan dan kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Katanya, kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada kerjasama itu untuk memastikan kepentingan rakyat di negeri ini, khususnya di luar bandar, sentiasa diutamakan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse