Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

JADILAH RAKYAT YANG TERUS BERSATU

14th January, 2016

OLEH VESTA VANESS JSOL

KOTA KINABALU: Pemegang amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Tye meminta para pemimpin politik dan seluruh masyarakat untuk menjadi rakyat Malaysia yang bersatu.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu kembali menanamkan semangat semasa menuntut kemerdekaan 1957 dan bekerjasama dalam semangat tulen dan harmoni.

“Kita perlu tolak segala bentuk ekstrem dan menekankan pemodenan,” katanya pada sidang media di sini kelmarin. Lee berkata kerajaan dengan kerjasama rakyat dan sektor swasta perlu memberikan penekanan melindungi alam sekitar, membina masa depan yang lebih dan mengatasi segala kebimbangan alam sekitar yang boleh mengakibatkan berlakunya banjir dan bencana alam yang lain.

“Ketamadunan akan terhakis jika kita tidak mesra alam sekitar,” katanya.

Beliau juga berkata tentang peningnya untuk terus meningkatkan usaha memerangi rasuah dengan menanamkan integriti dan nila etika untuk sektor awam dan swasta untuk membendung berlakunya gejala rasuah.

“Kerajaan dan sektor swasta juga hendaklah mempunyai komitmen yang itnggi untuk memastikan keselamatan di jalan raya dan tempat kerja.

“Setiap tahun antara 6,000 hingga 7,000 orang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di negara ini. Budaya keselamatan secara total tidak lagi dipedulikan dari itu kita perlu menanamkan sikap ini untuk mengelakkan kehilangan nyawa di jalan raya dan juga tempat kerja,” tegasnya.

“Pihak berkuasa juga hendaklah proaktif dalam mengambil langkah untuk mengelakkan berlakunya lebih banyak tragedi yang boleh dielakkan,” katanya.

Beliau berkata usaha untuk mengurangkan jenayah dan peningkatan keselamatan terutama di kawasan pantai timur Sabah hendaklah dipertingkatkan.

Sementara itu Lee berkata pemimpin politik juga hendaklah mengurangkan politiking sebaliknya memberikan tumpuan untuk mengurus negara dan rakyat dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

“Rakyat Malaysia amat bimbang tentang keadaan ekonomi yang menunjukkan kejatuhan. Dalam hubungan ini kerajaan hendaklah meneruskan usaha untuk meningkatkan perkembangan ekonomi dan memberikan peluang rakyat lebih banyak peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan kualati kehidupan yang lebih baik untuk menjadikan negara ini menjadi negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau juga meminta lebih banyak program dan aktiviti diperkenalkan untuk menggalakkan pemikiran yang sihat. “Kita melihat kejadian membunuh diri di kalangan pelajar sekolah dan pihak berkuasa perlu tampil dengan pelan tindakan yang konkrit untuk mengatasi masalah mental di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse