Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
MPKK to have 13 members |  Syahzharoul, Nurul deliver golds for Sabah |  RM150,000 armed robbery: 15 more years for Filipino |  Artis era 90-an bertemu di FH Production |  Preserve custom, tradition by writing, youths urged |  KV nakahantoi saviavi PESKOV 2018 |  Nasi ganja taakanon kavavagu id Tawau |  APMM nakapanahob ponginaman mogovit humabus tumau petrol |  Komuniti Van Sekolah helps improve students' attendance |  Tun Mustapha Park gets hi-tech communications system |  JCI Labuan kutip lebih 1.5 tan sampah sempena World Clean-up Day |  UiNVEST, JZTW International ink consulting deal |  SEDIA draws in RM166.33 bln investments |  Hati Joslan Bojinggil tertambat dengan gadis Telupid |  Komitmen ahli Majlis Fatwa Negeri perlu tangani permasalahan umat Islam, kata Aidi | 
 BM

Lima sekeluarga terselamat rumah terbakar

13th July, 2018

LABUAN: Lima sekeluarga terselamat apabila rumah mereka hangus dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Sungai Lada, malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, keluarga mangsa Pitah Yamin bersama isteri dan tiga anaknya tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barangan yang ada dalam rumah tersebut kerana api marak dengan cepat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan, Zainal Madasin berkata, empat buah jentera dengan kekuatan 17 anggota termasuk dua anggota Bomba Sukarela diketuai Penguasa Bomba Muhammad Azman Awang dikejarkan ketempat kejadian sejurus menerima panggilan.

Beliau berkata, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 1.15 pagi.

Bagaimanapun katanya, setibanya di tempat kejadian rumah struktur tidak kekal berukuran 30X40 kaki itu telahpun 75 peratus terbakar.

“Pemeriksaan lanjut mendapati rumah tersebut dihuni oleh lima keluarga termasuk tiga kanak-kanak berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan ketika kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Zainal berkata, pihak bomba masih lagi menjalankan siatan mengenai punca dan jumlah kerugian.

Sementara itu, awal pagi kelmarin, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli bersama Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias menziarah keluarga mangsa bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.-Oleh Jainudin Djimin

   
Email Print
   
 
 
E-browse