Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Opposition walkout mere play-acting – Dr M |  Anifah, Khairy and Rosman stand their ground |  Party atmosphere at UMS Stadium |  Sabahan Yee breezes to victory |  PPKK tomoimo popotounda kosivatan kumaa di songintindooi ngaavi: Rosman |  MESEJ NUANGAN VINASI I KOSUDONG KAANDAK LAYAT |  Limkokwing University churned out 10,000 graduates worldwide |  UMS hosts Early Childhood Music Level II |  Honda New HR-V now in Malaysia |  Business as usual for Tealive stores |  Priceworth log harvests jump 247 pct in June |  Maspah: Majlis tahunan pelengkap permuafakatan Kampung Bua' Pintasan |  Kaedah bertaraf dunia bagi P&P tingkatkan kemahiran guru muzik |  UMS terima Anugerah Universiti Awam Bebas Denggi 2018 |  Beri peluang penghuni penjara: Rosman | 
 BM

Pelantikan Malanjum satu pengiktirafan terhadap komitmennya tegak undang-undang: Madius

13th July, 2018

KOTA KINABALU: Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara baharu merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmennya dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan melindungi integriti perlembagaan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata pelantikan itu sangat bertepatan, sekali gus menunjukkan komitmen ketua hakim yang baharu untuk berkhidmat kepada rakyat dan sistem mahkamah dengan adil berdasarkan perlembagaan.

“Saya mewakili seluruh rakyat di Tuaran mengucapkan tahniah kepada beliau (Malanjum) atas pelantikan itu dan kita sangat berbangga dengan pelantikan berkenaan.

“Kita berharap beliau dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua hakim dengan penuh bijaksana,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Malanjum, 65, berasal dari Tuaran, Sabah menjadi orang pertama dari negeri-negeri Borneo menyandang jawatan tertinggi itu dalam bidang kehakiman.

Beliau dilantik ke jawatan itu selepas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif mengemukakan surat peletakan jawatannya yang berkuatkuasa pada 31 Julai ini.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse