Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Opposition walkout mere play-acting – Dr M |  Anifah, Khairy and Rosman stand their ground |  Party atmosphere at UMS Stadium |  Sabahan Yee breezes to victory |  PPKK tomoimo popotounda kosivatan kumaa di songintindooi ngaavi: Rosman |  MESEJ NUANGAN VINASI I KOSUDONG KAANDAK LAYAT |  Limkokwing University churned out 10,000 graduates worldwide |  UMS hosts Early Childhood Music Level II |  Honda New HR-V now in Malaysia |  Business as usual for Tealive stores |  Priceworth log harvests jump 247 pct in June |  Maspah: Majlis tahunan pelengkap permuafakatan Kampung Bua' Pintasan |  Kaedah bertaraf dunia bagi P&P tingkatkan kemahiran guru muzik |  UMS terima Anugerah Universiti Awam Bebas Denggi 2018 |  Beri peluang penghuni penjara: Rosman | 
 BM

Polis tidak akan kompromi dalam aktiviti perjudian

12th July, 2018

OLEH AHMAD APONG

SIPITANG: Bahagian Siasatan Jenayah di daerah ini telah berjaya membuat beberapa tangkapan dan rampasan mesin judi berkomputer di sekitar Sipitang.

Ketua Polis Daerah DSP Sabarudin Bin Rahmat berkata, antara tangkapan dan rampasan itu ialah 14 kes mesin judi siber dan telah menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953(Akta 289)

“Mereka yang terlibat akan didakwa di bawah peruntukan undang-undang yang ada,” katanya dalam sidang Media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang pada Rabu.

Beliau menasihatkan orang ramai agar jangan sesekali terlibat dengan judi yang tidak berlesen dan pihak Polis tidak akan berkompromi dalam aktiviti perjudian ini.

“Pihak Polis sedang melipat gandakan usaha memantau aktiviti perjudian di daerah Sipitang dan menangkap sesiapa sahaja yang terlibat termasuk wahui dan aktiviti judi mesin judi yang menggunakan telefon mudah alih,”kata Sabarudin.

“Kita mahu Daerah Sipitang ini bebas dari aktiviti perjudian haram dan mereka yang terlibat akan didakwa ,” tegasnya.

Beliau berkata, semua mesin-mesin judi tersebut yang merupakan komputer telah dilupuskan sambil disaksikan oleh beberapa pegawai kanan dan Pegawai Jabatan Alam Sekitar.

“Kita melupuskan mesin-mesin judi ini menerusi kaedah E-Waste sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) dan pelupusan ini juga amat sesuai dengan konsep “Go Green” bagi memastikan tiada pencemaran dilakukan”kata Sabarudin.

Beliau berkata bahan sisa buangan elektrik dan Elektronik ini atau E-Waste adalah barang yang tidak digunakan lagi ,ia dikategorikan sebagai bahan buangan kerana mempunyai ciri mudah terbakar, boleh menghakis ,dan memiliki toksik dan memberi impak kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Katanya sebanyak 90 unit komputer mesin judi yang dirampas sejak 2015 dan sebagai barang kes telah didaftarkan dan akan dimusnahkan.

Hadir sama dalam menyaksikan Pelupusan itu antaranya Pegawai Siasatan Jenayah Sipitang ASP Jamiri Pegawai Siasatan Jenayah Sipitang ASP Jamiri Bin Kintai ,Penolong Pegawai Daerah Jupri Etok dan tiga orang Pegawai Kanan dari Jabatan Alam Sekitar serta dua orang Kontraktor pemungut barang-barang yang dimusnahkan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse