Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Petani di Bingkor berdepan ancaman sungai Bayoyo

12th July, 2018

KENINGAU: Seluas 300 ekar sawah milik 250 petani dari lima kampung di Bingkor berhadapan dengan ancaman sungai Bayoyo sekiranya kerajaan tidak tangani dengan segera.

Wakil Rakyat Bingkor, Robert Tawik meminta kerajaan agar dapat melakukan kerja-kerja pelurusan dan pemasangan benteng (gabion) tebing sungai Bayayo yang terhakis akibat banjir bagi mengelakkan kerosakan teruk kepada kawasan sawah padi petani.

“Petani yang terlibat adalah dari Kampung Kuongah, Berungis, Narupot, Kumawanan Baru dan Kampung Baru,” katanya di sini pada Selesa.

Beliau menggesa jabatan-jabatan yang berkenaan perlu bertindak segera bagi kerja-kerja membaik pulih tebing sungai yang runtuh pada banjir 7 Julai lalu.

Katanya, banjir kilat berlaku berikutan hujan lebat di bahagian ulu sungai itu.

Menurut beliau, seluas lebih kurang enam ekar sawah padi mengalami kerosakan teruk.

“Kerosakan sawah padi ini adalah hakisan tebing sungai Bayoyo yang banjir itu, hakisan tebing ini memerlukan penyelenggaraan segera,” katanya.

Katanya, ini membabitkan meluruskan tebing sungai dan pemasangan gabion bagi mengelakkan daripada hakisan tebing runtuh pada masa akan datang.

Robert meminta agar Jabatan Pengaliran dan Saliran dapat datang untuk meninjau situasi kejadian terutama tebing sungai yang terhakis.

Beliau juga meminta agar Jabatan Pertanian dapat membantu mangsa yang mengalami kerugian apabila sawah padi mereka dilanda banjir dan mengalami kerosakan.

Pada masa yang sama, beliau juga meminta agar Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu para mangsa berbentuk bekalan makanan.

“Saya meminta agar jabatan-jabatan ini dapat bertindak segera bagi melakukan lawatan kepada para petani yang menerima bencana alam ini dengan mengambil rekod dari segi kerugian dan menghulurkan bantuan berupa barangan makanan,” katanya. -OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse