Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
13 anggota parlimen kerajaan belum isytihar harta: SPRM |  Teach students to hate corruption, says Lee |  'Tackling encroachments first priority' |  Chinese New Year Dragon, Unicorn and Lion Dance Festival Jan 19 |  Sikul Minbuul Sabah ii tiudongon id suang timpu tosomok |  Puu antisusuap Sabah tiudongon papavakas ababazan humavan susuap |  Galoh-Galoh gergasi simbolik perasmian Pesta Kubis |  Ketua PKR Sabah dijangka diputuskan pada 11 Dis ini |  Anwar antara 13 Anggota Parlimen belum isytihar harta |  Percutian enam sekeluarga bertukar tragedi |  Jawatankuasa Anti Rasuah Sabah bakal ditubuh perhebat perangi rasuah |  Delayed SMK Kipouvo construction may start next year |  Sabah PKR may see leadership change – Anwar |  Sabah to set up committee to fight corruption |  13 govt MPs yet to declare assets – MACC | 
 BM

Markas Wilayah Laut 2 anjur Majlis Sambutan Hari Raya

12th July, 2018

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU: Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) kelmarin telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya bersempena pertemuan Trilateral Maritime Patrol (TMP) 11/18 antara Kapal Diraja TODAK (KD TODAK) dengan kapal Tentera Laut Filipina (TLF), BRP MIGUEL MALVAR.

Majlis yang diadakan di atas Kapal Auksiliari TUN AZIZAN (KA TAZ) itu telah dihoskan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam.

Majlis tersebut memperlihatkan interaksi antara kru kedua-dua buah kapal dan komuniti setempat bagi mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama antara TLDM, TLF dan komuniti maritim di Lahad Datu.

Berucap pada Majlis itu, Dato’Ganesh berkata, Malaysia adalah sebuah negara maritim dan TLDM telah diberi mandat untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan perairan Negara ini.

“Cabaran yang TLDM hadapi adalah dari segi ancaman bukan tradisional dan rentas sempadan terutama di perairan pantai timur Sabah yang memiliki persisiran pantai yang panjang. Walaupun inisiatif TMP masih baharu namun ia telah menghasilkan impak yang memberansangkan di mana tiada insiden pencerobohan dan penculikan yang telah berlaku semenjak awal tahun 2017 hingga hari ini.

“Ia juga mempamerkan peningkatan di dalam tahap kepercayaan dan keyakinan di antara kedua-dua tentera laut dan negara di dalam mengurus cabaran keselamatan maritim secara bersepadu.

“Sehubungan itu, pertemuan TMP sebegini diharap dapat meningkatkan keyakinan masyarakat setempat dan antarabangsa ke atas keupayaan negara Malaysia dan Filipina mengurus isu keselamatan terutamanya di pantai timur Sabah. Pihak TLDM khasnya MAWILLA 2 bersama rakan operasionalnya juga tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan dan akan terus meningkatkan kesiagaan serta pengawasan di perairan pantai timur Sabah,” katanya.

Majlis tersebut turut disertai oleh rakan-rakan dari Eastern Sabah Security Command (Esscom), Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (Mk ATB2), Malaysia Maritime Command Centre (MMCC), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin Lahad Datu, pihak Media, Pengurusan Felda Sahabat dan juga ketua-ketua kampung berdekatan.

Pelbagai juadah dan hidangan serta kuih-muih tradisional disediakan bagi menyambut tetamu istimewa dari negara jiran tersebut.

Sementara itu, Dato’ Ganesh turut menyarankan agar penduduk yang tinggal dan berada di sepanjang Kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) ini agar memuat turun Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (Aplikasi K3M) yang boleh didapati di Google Play dan App Store di telefon pintar masing-masing untuk bantuan keselamatan di laut yang berkesan.

Menurutnya, dengan menekan butang SOS pada aplikasi K3M dapat membantu memendekkan tempoh responsif anggota keselamatan tiba di lokasi kecemasan.

“Ini antara aspek untuk meningkatkan tahap keselamatan di Esszone tetapi kami juga memerlukan bantuan komuniti maritim di sini untuk muat turun aplikasi ini dan daftar masuk sebelum menggunakannya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, difahamkan pertemuan pada kali ini merupakan pertemuan ketiga KD TODAK semenjak TMP dilancarkan dan yang pertama buat BRP MIGUEL MALVAR serta KA TAZ. Barko ng Republika ng Pilipinas (BRP) MIGUEL MALVAR yang dikepalai oleh Commander Jonathan A. Savilla PN merupakan kapal jenis Korvet yang dibina dan ditauliahkan di Amerika Syarikat pada 26 Mei 1944 dan kemudiannya diserahkan kepada Vietnam Selatan ketika perang saudara seterusnya ditauliahkan ke dalam inventori TLF pada April 1976.

Selesai pertemuan, ketiga- tiga kapal tersebut kembali meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.

   
Email Print
   
 
 
E-browse