Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Labuan dilanda hujan lebat, angin kencang

12th July, 2018

LABUAN: Hujan lebat berserta angin kencang melanda pulau bebas cukai kelmarin, sehingga menumbangkan beberapa pokok dan tiang lampu serta merosakkan harta benda.

Keadaan tersebut bermula sejak 8 hingga 10 pagi kelmarin dan angin kencang dijangka berlaku hingga awal petang, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Beberapa pokok tumbang dan dahan jatuh ke atas jalan raya di sekitar kawasan bandar dan kampung, termasuk Taman Sehat Kerupang 3, Pandur Hitam dan Pohon Batu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 8 pagi kelmarin sebelum mengarahkan dua trak ke kawasan terjejas.

Sebuah rumah di Taman Sehat Kerupang 3 dihempap pokok manakala sebuah lampu jalan turut jatuh dan hampir mengenai sebuah rumah.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam membantu membersihkan jalan daripada pokok serta dahan yang tumbang. Jabatan Meteorologi sebelum itu telah memberi amaran mengenai ribut petir dan angin kencang di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga tengah hari.

Katanya angin kuat hingga 50 km sejam dan ombak setinggi 3.5 meter tinggi akan melanda serta berbahaya kepada bot-bot kecil. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse