Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Mororobuat unsubon do mongingkawas asil takanon |  Kopogohimuvan mositi uhanon tu koovit tanda kumaa ikonomi pogun |  Dadah kihoogo RM77,000 nagamu |  140 ditahan AADK sejak Jan hingga Sept |  Polis Labuan rampas dadah 501.22 gram bernilai RM77,000 |  Rhythm Kinabalu ke-7 berjaya tonjol persembahan bertaraf dunia |  Aktiviti penyeludupan perlu dibanteras |  Bid for youths to excel in education and sports |  Four Sabahans squash off for national duty |  Heads shaved in support of cancer-stricken children |  Six house break-in cases solved with arrest of trio |  RM1.4b lost to illicit cigs, liquor trade |  Big plans for Zamboanga-KK flight |  ‘Marrying off daughter does not end poverty’ |  Restoring Sandakan's glory as business, tourism centre | 
 BM

Elaun khas RM200 anggota bomba dimuktamadkan hujung bulan ini

12th July, 2018

PUTRAJAYA: Keputusan pemberian elaun khas RM200 sebulan kepada setiap pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat akan diketahui hujung bulan ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata satu kertas kerja berkaitan perkara itu telah dibentangkan pada mesyuarat Kabinet dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan.

Jelasnya, kemungkinan elaun kritikal itu diluluskan adalah besar kerana ia tidak melibatkan implikasi kewangan tambahan bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Saya kira kebijaksanaan (KPKT) menguruskan kewangan membolehkan kita mampu memperuntukkan elaun untuk anggota bomba. Perkara ini masih di peringkat perbincangan dan akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini,” katanya selepas menerima anugerah kehormat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba daripada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohammad Hamdan Wahid di sini, kelmarin.

Elaun khas sebanyak RM200 itu disyorkan oleh bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar pada 21 Mac lepas bagi mengiktiraf usaha dan kerja pasukan bomba dan penyelamat menangani bencana yang meletakkan agensi itu setanding agensi penguatkuasaan lain.

Sekiranya diluluskan, elaun itu akan memberi manfaat kepada 14,761 warga kerja JBPM melibatkan peruntukkan kira-kira RM35.4 juta setahun.

Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata laporan Dasar Komuniti Negara akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan kelulusan bagi tindakan selanjutnya.

Jelasnya, kini KPKT di peringkat mengumpulkan data dan maklumat sebelum dibentangkan pada Ogos ini. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse