Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pesta Rumbia harus dipertahan: KM |  Projek Agropolitan Gana perlu disiapkan segera: Shafie |  Agensi kerajaan diminta kembalikan tanah milik rakyat |  Liew: Permohonan dapatkan peruntukan bina 150 PPRT Kg Gas sudah dikemuka kepada KKLW |  Sabah bakal berdepan krisis pekerja ladang |  Poor finishing haunts Sabah again |  Mika wary of Kedah threat |  KK, Tawau in Group of Death |  SEPA: Study on Sabah energy should not be limited to coal |  Kuala Penyu to get new Ko-Nelayan building next year |  Six-man gang who mugged police constable arrested |  Shafie wants govt agencies to return the rakyat’s land |  Suspected child molester nabbed |  Sabah facing labour shortage in 10 years |  Onom sabap ra kua 7-Eleven ra Jipun moonsoi | 
 BM

Selaras had umur minimum kahwin akan dibincangkan

12th July, 2018

PUTRAJAYA: Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga akan menyelaraskan perbincangan berhubung cadangan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun berbanding 16 tahun sekarang.

Setiausaha Politik kepada menteri berkenaan Rodziah Ismail berkata ini seiring dengan komitmen kerajaan berhubung isu itu seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga pada 2 Julai lalu.

Mesyuarat bagi membincangkan isu itu akan melibatkan pelbagai kementerian serta agensi selain perlu mencari keharmonian antara undang-undang Islam dan sivil, katanya pada sidang media, di sini kelmarin.

Isu had umur minimum perkahwinan menjadi tumpuan masyarakat susulan laporan mengenai seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun mengahwini kanak-kanak warga Thailand berusia 11 tahun bulan lepas.

Isu itu tular di media sosial dan mencetuskan gesaan agar had umur minimum perkahwinan dinaikkan.

Menurut Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum untuk berkahwin bagi lelaki ialah 18 tahun manakala bagi perempuan 16 tahun dan sekiranya mereka bawah umur, perkahwinan hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa mereka.

Sementara itu, Rodziah menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) sebagai panduan kepada hakim sebelum membenarkan perkahwinan bawah umur adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, bukan kementerian berkenaan. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse