Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
All musical instruments into stadium need Safa’s approval |  Peter shoots down allegation |  Five illegals caught in Semporna waters |  City police chief targets clean-up of drug-infested Kg Numbak in three months |  Sabah takes measles’ measures |  Siba mahu teroka sukan larian jarak jauh |  KYS popointanga Hongkod Kuamaon |  13 nutis pogoduan monigup pinahabus id suang kalaja PPKHT |  Volkswagen Kota Bumi 3S centre opens in Sabah |  AeU’s online study leaves you free as a bird |  As Sakinah children conquers Mount Kinabalu |  Sikul pondok Tarbiyatun Nisa id Tuaran notutudan |  Tiga kes demam campak babit kanak-kanak tidak mendapat suntikan imunisasi |  13 notis larangan merokok dikeluarkan di Lapangan Terbang Tawau |  Lelaki dipercayai pengedar dadah berjaya diberkas | 
 BM

13 premis judi haram diserbu polis

11th July, 2018

OLEH JAINUDIN DJIMIN

Labuan: Polis di sini telah membuat serbuan dan tangkapan terhadap 13 buah premis judi haram yang beroperasi secara senyap di beberapa buah kampung sepanjang minggu lalu.

Serbuan yang dibuat hasil maklumat daripada orang awam dan sebuah parti politik di sini berjaya menahan empat suspek dan merampas pelbagai peralatan judi termasuk wang tunai dan token.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, premis yang dijadikan pusat perjudian yang diserbu itu temasuklah rumah kedai, bengkel dan setor.

“Judi haram yang menjadi pertaruhan ketika serbuan di lakukan ialah wahui, empat nombor ekor, judi secara atas talian dan ketam-ketam” katanya kepada media di sini kelmarin.

Muhamad Farid menjelaskan, pusat perjudian tanpa lesen itu di kesan di Kampung Pohon Batu, Lubok Temiang, Layang-Layangan, Kilan, Lajau, Kerupang dan pasar sayur-sayuran di Kampung Pantai.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan orang ramai yang mengetahui mengenai aktiviti perjudian haram di kawasan persekitaran mereka supaya segera melaporkan kepada pihak berwajib.

Beliau juga akan menyarankan kepada pihak Syarikat SESB untuk memotong bekalan elektrik premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian haram.

   
Email Print
   
 
 
E-browse