Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Mororobuat unsubon do mongingkawas asil takanon |  Kopogohimuvan mositi uhanon tu koovit tanda kumaa ikonomi pogun |  Dadah kihoogo RM77,000 nagamu |  140 ditahan AADK sejak Jan hingga Sept |  Polis Labuan rampas dadah 501.22 gram bernilai RM77,000 |  Rhythm Kinabalu ke-7 berjaya tonjol persembahan bertaraf dunia |  Aktiviti penyeludupan perlu dibanteras |  Bid for youths to excel in education and sports |  Four Sabahans squash off for national duty |  Heads shaved in support of cancer-stricken children |  Six house break-in cases solved with arrest of trio |  RM1.4b lost to illicit cigs, liquor trade |  Big plans for Zamboanga-KK flight |  ‘Marrying off daughter does not end poverty’ |  Restoring Sandakan's glory as business, tourism centre | 
 BM

Yayasan PEKEMA hulur bantuan kepada 276 anak yatim dan asnaf

14th June, 2018

KOTA KINABALU: Yayasan Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sabah telah menghulurkan bantuan kepada 276 kepada anak-anak yatim,golongan asnaf dan pelajar tahfiz.

Mereka terdiri daripada Rumah anak Yatim Tambunan, Sekolah Agama Negeri (SAN) Tambunan,Home Tuaran,Rumah Amal Kasih Kingfisher Likas, Tahfiz Nahdatul Ilimiah Sembulan dan Rumah anak Yatim As Sakinah Lok Kawi Papar.

Setiausaha Eksekutif Yayasan PEKEMA Sabah, Encik Yatim Haji Kadas berkata kesemua mereka telah dibawa membeli belah di Survey Hypermall Likas untuk membeli keperluan Hari Raya Aidilfitri masing-masing yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi.

Yatim berkata mereka telah diberikan kebebasan untuk memilih keperluan Hari Raya mereka sendiri. Beliau berkata di samping membeli keperluan Hari Raya, anak-anak tersebut turut diberikan beg sekolah oleh pihak Yayasan PEKEMA.

Beliau berkata program ini adalah acara tahunan Yayasan PEKEMA yang dibuat dalam bulan Ramadan untuk meringankan beban ibu bapa mereka.

Turut bersama dalam program itu ialah Presiden PEKEMA, Encik Radzuan Datuk Haji Lassim, timbalan Presiden Datuk Zulfakar Datuk Seri Mohamaed Bledram,Eksekutif Pentadbiran dan Kewangan, Stefenie John dan Eksekutif Akaun Maziani Mohd Yusoff.

   
Email Print
   
 
 
E-browse