Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Mororobuat unsubon do mongingkawas asil takanon |  Kopogohimuvan mositi uhanon tu koovit tanda kumaa ikonomi pogun |  Dadah kihoogo RM77,000 nagamu |  140 ditahan AADK sejak Jan hingga Sept |  Polis Labuan rampas dadah 501.22 gram bernilai RM77,000 |  Rhythm Kinabalu ke-7 berjaya tonjol persembahan bertaraf dunia |  Aktiviti penyeludupan perlu dibanteras |  Bid for youths to excel in education and sports |  Four Sabahans squash off for national duty |  Heads shaved in support of cancer-stricken children |  Six house break-in cases solved with arrest of trio |  RM1.4b lost to illicit cigs, liquor trade |  Big plans for Zamboanga-KK flight |  ‘Marrying off daughter does not end poverty’ |  Restoring Sandakan's glory as business, tourism centre | 
 BM

Umat Islam diminta tingkat amalan di bulan Ramadan

14th June, 2018

PAPAR: Ibadat puasa bukan sahaja dapat melahirkan manusia yang tawaduk tetapi menyekat mereka dari melakukan perkara yang dilarang.

“Tingkatkanlah amal ibadat di bulan yang mulia ini malah sebagai wadah terbaik bagi kita untuk sama-sama menjalin hubungan baik dalam memperkukuhkan perpaduan sesama Islam,” kata Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Hj. Aidi Hj. Mokhtar.

Beliau turut mengajak umat Islam menjadikan bulan Ramadan sebagai wadah untuk merapatkan hubungan dan semangat perpaduan dengan mengimarahkan masjid dan surau dengan pelbagai program keagamaan yang boleh merapatkan hubungan masyarakat Islam setempat.

Dalam masa yang sama beliau turut mengingatkan ahli jawatankuasa masjid juga perlu selari dengan peredaran masa terutama dalam mendidik dan memajukan belia Islam.

Aidi berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan dari Pusat Zakat Sabah (PZS) kepada 31 asnaf dari Kg. Laut di Masjid Daerah Papar pada Selasa.

Beliau berkata, segala aktiviti yang dibuat di masjid secara tidak langsung menjadi titik tolak dalam mengeratkan perpaduan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Aidi menyeru umat Islam supaya terus memperkuatkan ukhuwah dan kesatuan mereka dalam usaha meningkatkan syiar Islam khususnya untuk generasi muda yang terus memerlukan bimbingan.

Dalam majlis itu Aidi juga menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan dari Yayasan AFAT Rahman kepada semua asnaf dan sumbangan peribadi berupa sejadah kepada Masjid Daerah Papar.

Aidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis berkata bantuan ini membuktikan kerajaan amat perihatin terhadap keperluan golongan kurang bernasib baik terutama dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi kunjung tiba.

Menurut beliau kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan rakyat supaya mereka sentiasa hidup dalam aman dan selesa serta tidak terpinggir.

Beliau berharap para penerima sumbangan berkenaan dapat menafaatkan bantuan untuk kebaikan keluarga di samping meringankan beban yang dihadapi.

Hadir sama di majlis itu Penolong Pegawai Daerah AK. Raimie Hj. Abd. Rahman, Pengasas Yayasan AFAT Rahman Awang Fauzi Ahmad Tarmizi, Pegawai Tadbir Agama (Jheains) Papar Masnor Hj. Manshor, Pengerusi Masjid Daerah Papar Hj. Amri Abu Bakar, Imam Masjid Hj. Jaffar Abdullah, Setiausaha Politik kepada Adun Pantai Manis Faizal Julaihi dan rombongan serta para pemimpin dan masyarakat setempat.

Pada majlis lain Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah itu berkesempatan menghadiri Majlis Kesyukuran dan Ramah Mesra Datuk Hj. Aidi bersama wanita/wira/wirawati dan NGO (Deligasi Anak Muda) di kediaman Awang Fauzi ‘Teratak Bonda’ Kg. Surati Papar.

Hadir di majlis itu Ketua Bahagian Parti Warisan Papar (PWP) Hj. Karim Hj. Madun, Setiausaha Politik Adun Pantai Manis Faizal Julaihi, Pengerusi Delegasi Anak Muda Awang Fauzi Ahmad Tarmizi, Ketua Wanita PWP Roslizah Ibrahim, Ketua Wira Warisan Papar Mohd Fakhurrazi Aliuddin, Ketua Wirawati Warisan Papar Arinti Ahtee dan ahli ahli-ahli Wanita/Wira dan Wirawati PWP.

   
Email Print
   
 
 
E-browse