Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
13 anggota parlimen kerajaan belum isytihar harta: SPRM |  Teach students to hate corruption, says Lee |  'Tackling encroachments first priority' |  Chinese New Year Dragon, Unicorn and Lion Dance Festival Jan 19 |  Sikul Minbuul Sabah ii tiudongon id suang timpu tosomok |  Puu antisusuap Sabah tiudongon papavakas ababazan humavan susuap |  Galoh-Galoh gergasi simbolik perasmian Pesta Kubis |  Ketua PKR Sabah dijangka diputuskan pada 11 Dis ini |  Anwar antara 13 Anggota Parlimen belum isytihar harta |  Percutian enam sekeluarga bertukar tragedi |  Jawatankuasa Anti Rasuah Sabah bakal ditubuh perhebat perangi rasuah |  Delayed SMK Kipouvo construction may start next year |  Sabah PKR may see leadership change – Anwar |  Sabah to set up committee to fight corruption |  13 govt MPs yet to declare assets – MACC | 
 BM

Enam NGO, CBO terima geran Pembangunan Lestari Shell

13th June, 2018

KOTA KINABALU: Enam organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) menerima Geran Pembangunan Lestari Shell daripada Shell Malaysia pada Isnin petang.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, inisiatif syarikat berkenaan wajar dipuji kerana dapat membantu kerajaan meneruskan agenda pembangunan mampan di negeri ini. “Selain menjadi pemain utama dalam industri minyak dan gas, usaha Shell Malaysia secara tidak langsung dapat memberi contoh bagaimana NGO tempatan dan CBO boleh membantu menyumbang kepada masyarakat setempat,” katanya.

“Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan perindustrian, kita akan membawa lebih banyak pembangunan perindustrian ke Sabah dengan itu dapat membuka peluang pekerjaan, memberi sumbangan kepada pengeluaran domestik kasar dan memberi impak positif kepada aktivitispin-off ekonomi,” katanya.

Tambah Madius, penganugerahan geran tersebut bukan sahaja dapat merealisasikan dasar pembangunan kementeriannya tetapi secara tidak langsung dapat memanfaatkan sumber-sumber negeri dengan cara yang mampan dengan pembangunan jangka masa panjang.

Madius berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Geran Pembangunan Mampan Projek Komuniti Shell kali ke 10 seluruh Malaysia.

Sementara itu, Pengurus Besar Syarikat Shell Petroleum Sabah, Prithipal Singh berkata dengan geran kewangan tersebut, NGO dan CBO akan melaksanakan projek pembangunan mampan yang akan memberi manfaat kepada komuniti di seluruh Malaysia.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, hampir RM4 juta telah digunakan kepada 96 projek yang berlainan di seluruh negara.

“Pada dasarnya, geran ini berfungsi sebagai pemangkin untuk melancarkan projek pembangunan lestari yang dijalankan oleh NGO dan berasaskan komuniti organisasi.

“Geran dianugerahkan kepada projek-projek tertentu, berdasarkan faedah langsung kepada masyarakat dan komitmen yang ditunjukkan terhadap kemampanan,”jelasnya.

Enam penerima geran tersebut adalah Konsultasi Symbiosis, Binturong Alam Ventures, 1StopBorneo Wildlife, The Tuyang Initiative, Ai Brique Engineering dan EcoKhights.

   
Email Print
   
 
 
E-browse