Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dua keluarga nekad hantar anak lelaki ke pusat rawatan dan pemulihan dadah |  Robert nafi tinggalkan StarSabah |  Too early to determine success or failure of KB paddy project – Dr Ronald |  CM hands over 2,300 individual land titles |  Virus break lets Shalin hit pause button - and prepare for restart |  ‘Don’t let them waste away’ |  Back to golfing as State squad prepares for Sukma Games |  Pendakian ke puncak Kinabalu dengan normal baharu |  Climbing Mt Kinabalu in the new normal environment |  All Sabah schools soon to be fully reopened with strict SOPs |  Gibraltar BSN extends Customer Relief Programme |  Tabung Haji records RM1.55 bln investment income in H1 2020 |  Perodua: Myvi 1.3L G (S-Edition) is for Brunei market |  Media Sandakan nakaramit toluod tokop todung om kabang |  Robert Tawik minogolim tuminongkiad do StarSabah | 
 BM

Beri PH peluang tunaikan janji: Wan Azizah

11th June, 2018

KUALA LUMPUR: “Beri kami ruang dan masa untuk tunaikan janji,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) mengenai pelaksanaan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) selepas berjaya membentuk kerajaan susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menyedari PH kini ‘diserang’ pembangkang yang menuntut janji-janji PRU14 dilaksanakan segera, Dr Wan Azizah berkata kerajaan sedang berusaha melunaskan segala janji.

Katanya PH baru sebulan mengambil alih pentadbiran negara, dan masih mempunyai masa terutama dalam menunaikan 10 inisiatif yang dijanji dilaksanakan dalam 100 hari pemerintahan.

“Kita perlukan pembangkang yang baik untuk semak dan imbang, tetapi ini baru 30 hari, ada 70 hari lagi. Jadi kita ada sedikit ruang…ada 70 hari lagi, sabar dan tunggu. Insya-Allah kita akan tunaikan sedaya upaya yang kita boleh,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata beberapa inisiatif telah mula dilaksanakan seperti kadar sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang kemudiannya akan dimansuhkan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini.

“Harga petrol RON95 stabil dan tidak diapungkan, jadi lain-lain kita usahakan supaya pengauditan dilakukan dan bagaimana kita mengurus kerajaan itu telah berjalan dan boleh dilihat,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya juga sedang berusaha merealisasikan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah.

“Cuma pada masa ini, ada kekangan sedikit kerana Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak memberikan ruang pengambilan dua peratus daripada 11 peratus caruman suami kepada isteri yang tidak bekerja. Ini kita cuba mengatasinya,” katanya.

Jelas beliau, PH membuat janji-janji berdasarkan anggaran maklumat yang diperoleh sebelum memenangi PRU14 pada 9 Mei lepas.

Namun, katanya, setelah mengambil alih Putrajaya, barulah mereka menyedari situasi sebenar kewangan dan kelompongan tadbir urus kerajaan sebelum ini.

Antara 10 janji 100 hari PH yang lain termasuk mengembalikan semula subsidi minyak secara bersasar; menangguhkan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi individu berpendapatan bawah RM4,000; menghapuskan hutang- hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda dan menyamaratakan gaji minimum. – Bernama

   
Email Print