Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Tawau National Park to have world’s first pangolin sanctuary |  Goldman Sachs' offer is "peanuts – PM |  Isteri terkilan tidak mampu duduki rumah bersama suami |  Parties should work together to better serve Penampang folk |  ‘I will not go beyond three years’ – PM |  Papar Strongman Novice Challenge on June 29 |  Tambadau on the brink of Premier League glory |  Crime Prevention Foundation needs strategic partnerships to halt cyber crimes |  Visa on arrival for Labuan approved |  'Bersatu does not simply accept members' |  National Unity and Integration Department adds another feather in its cap |  New online booking portal to offer competitive rates |  29 moninigup id Sandakan kinompaun RM7,250 |  PGA Beluran kavavagu mokianu Batalion di pantangon om kikosizan |  UMS listed in QS World University Rankings 2020 for the first time | 
 BM

PSS anjur program Jelajah Ramadan di Pulau Sepanggar

6th June, 2018

KOTA KINABALU: Persatuan Siswazah Sabah (PSS) menganjurkan program Jelajah Ramadan siri ke-10 di Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu.

Rombongan seramai 23 orang yang diketuai oleh Zai Amrin bin Normazli selaku pengarah program itu bergerak ke Pulau Sepanggar dari Jeti Sembulan pada sebelah pagi.

Program yang turut disertai oleh Presiden PSS Hasmadi Hasbi bertujuan menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan golongan yang layak dan merasai sendiri suasana kehidupan di Pulau Sepanggar yang terdiri daripada lebih kurang hanya kurang daripada 200 orang sahaja.

Penduduk di sini kebanyakan bekerja sebagai nelayan sebagai sumber pendapatan untuk menampung keperluan hidup seharian.

Menurut salah seorang penerima sumbangan, antara masalah besar mereka di sana dalam menjalani kehidupan harian adalah ketiadaan bekalan elektrik yang sempurna. Mereka terpaksa hanya bergantung dengan mesin generator untuk mendapatkan sumber bekalan elektrik.

Iskandar Ismail, pengerusi masjid Pulau Sepanggar menyambut baik kehadiran PSS ke Pulau Sepanggar ini dan berbesar hati agar PSS datang semula untuk menganjur program yang bersifat pembangunan insan dan pembentukan jati diri anak-anak di sana.

Pada program ini, PSS mengagihkan sumbangan keperluan asas seperti beras, gula, garam, susu, tepung, dan minuman kepada 30 buah keluarga yang layak di kampung tersebut.

Jelajah Ramadan pengagihan sumbangan ini yang berjaya mengumpul sumbangan orang ramai sebanyak RM5680 akan terus berjalan di beberapa daerah lain sepanjang bulan Ramadan ini seperti di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Keningau, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan, Semporna dan Kalabakan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse