Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sepanggar eyeing unique double |  Haze: Slight increase in treatment of Sabah patients |  Another biker killed while overtaking |  Chief Minister launches annual Foh Sang Mooncake celebrations |  Sambutan Hari Ozon Sedunia tingkat kesedaran pemuliharaan alam sekitar, kata Rozman |  Preserving the environment by teaching children to love it |  SICC to be ready in December |  Kopotundaan id watas Parlimen Pensiangan onuan koposuulan |  Molohing kiguno manapad pomogunaan kakamot elektronik do tanak |  Program One Stop Help Center (KAWAN) mudahkan rakyat: Rozman |  52 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di KK |  Buruh terbunuh motosikal bertembung pacuan empat roda |  Kerajaan akan ambil perhatian masalah penduduk, kata Peter |  Kerajaan perlu bantu golongan profesional muda: Razali |  Jerebu beransur pulih Okt ini: Issnaraissah | 
 BM

Ops Ramadan: 76 premis jual makanan dan minuman diperiksa, empat notis dikeluarkan

1st June, 2018

TAWAU: Sebanyak 76 premis menjual makanan dan minuman diperiksa dan empat notis dikeluarkan menerusi Ops Ramadan 2018 selama dua hari di beberapa lokasi oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Tawau.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Tawau, Rahman Sampe dalam kenyataan berkata empat notis di bawah 32B yang dikeluarkan itu membabitkan dua kesalahan yang dilakukan peniaga terlibat.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikenalpasti adalah tidak mempamerkan perakuan pendaftaran premis dan pengendali makanan tidak mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin.

“Pihak kita telah melakukan operasi sepanjang bulan Ramadan ini dan pada kali ini kita telah memeriksa premis di Bazar Ramadan Taman Semarak, Taman Ria 9, Taman Ria 6, Gmart Muhibbah, Hotspring dan Hilltop,” katanya.

Rahman berkata operasi itu telah disertai 18 anggota penguatkuasa bagi memastikan gerai di bazar Ramadan sentiasa bersih dan peniaga mematuhi peraturan demi keselamatan pembeli.

Katanya, peniaga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan khususnya di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Akta Makanan 1983. – OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print
   
 
 
E-browse