Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Tawau National Park to have world’s first pangolin sanctuary |  Goldman Sachs' offer is "peanuts – PM |  Isteri terkilan tidak mampu duduki rumah bersama suami |  Parties should work together to better serve Penampang folk |  ‘I will not go beyond three years’ – PM |  Papar Strongman Novice Challenge on June 29 |  Tambadau on the brink of Premier League glory |  Crime Prevention Foundation needs strategic partnerships to halt cyber crimes |  Visa on arrival for Labuan approved |  'Bersatu does not simply accept members' |  National Unity and Integration Department adds another feather in its cap |  New online booking portal to offer competitive rates |  29 moninigup id Sandakan kinompaun RM7,250 |  PGA Beluran kavavagu mokianu Batalion di pantangon om kikosizan |  UMS listed in QS World University Rankings 2020 for the first time | 
 BM

BSMM Daerah Penampang raih pelbagai anugerah, latih kepimpinan pelajar

28th May, 2018

PENAMPANG: Pencapaian pelbagai anugerah dan penganjuran pelbagai aktiviti oleh Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) Daerah Penampang dapat melatih belia menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.

Menurut Pegawai Penjaga Belia BSMM daerah Penampang, Leslie Chan Boon Siang jumlah ahli belia di daerah tersebut seramai 864 orang yang terdiri daripada empat buah sekolah iaitu SM St. Michael, SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Limbanak dan SMK Bahang.

“Banyak pencapaian yang berjaya di raih pada tahun-tahun sebelumnya antaranya seperti Juara Pertandingan Perbarisan dan Persembahan Peringkat Negeri Sabah Sempena Hari Palang Merah Sedunia 2014.

“Selain itu, meraih Peserta Terbaik Sempena Perkhemahan Belia Peringkat Negeri Sabah 2014, 2016 dan 2017 juga Juara Pertandingan Perbarisan MSSD Penampang sejak 2013 hingga kini.

“Paling membanggakan adalah Unit BSMM SK St Theresa dan SK St. Aloysius telah dipilih daripada BSMM Cawangan Sabah dan Jawatan kuasa Palang Merah (ICRC) untuk mengadakan program kesihatan dan kebersihan pertama.

“Program bertujuan untuk mengajar kanak-kanak sekolah rendah cara mencegah jangkitan kuman seperti keracunan makanan dan menjaga kebersihan diri secara langsung dan praktikal,”jelasnya.

Tambah Leslie, Unit Belia BSMM Penampang juga menjalankan pelbagai aktiviti setiap tahun seperti Kem Kepimpinan Belia Peringkat Daerah serta Kursus Cegah Kebakaran Ujian Kem Kraf, Ujian Rawat Kaki serta bertugas sebagai ahli pertolongan cemas dan sebagainya.

Katanya juga, dengan penganjuran tersebut, diharap belia mendapat pengalaman yang lebih mendalam dari pelbagai aspek dan sentiasa berkhidmat mengikut prinsip BSMM iaitu sukarela dan kemanusiaan.

Leslie di temui pada Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Belia dan Angkat Sumpah Unit BSMM SM St Michael pada Sabtu yang dirasmikan oleh Pengerusi BSMM Penampang, Datin Seri Celestina K Jinu.

Tujuan majlis tersebut diadakan untuk memberi pengiktirafan yang sah kepada semua guru-guru penasihat unit BSMM yang melaksanakan aktiviti-aktiviti di sekolah.

Program Angkat Sumpah antara program yang wajib diadakan mengikut perlembagaan BSMM Kebangsaan agar semua guru penasihat dan belia mendapat sijil keahlian dan menjadi ahli BSMM yang sah.

Dalam pada itu, Celestina berharap belia akan terus aktif menyertai aktiviti yang di anjurkan sama ada di peringkat daerah atau negeri.

Menurutnya, belia merupakan tulang belakang yang menjadi aset kepada Pergerakan Palang Merah Malaysia dan mencungkil bakat mereka dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BSMM Daerah Penampang merangkap Pengarah BSMM Negeri Sabah, Simon Chin; Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Penampang, Chan Chee Houw; Pengetua SM St Michael, Jennifer Asing; Ketua Guru Penasihat UBSMM SM St Michael, Vivianna Tian; Pengerusi Pengelola Majlis Angkat Sumpah, Seri Rahayu Edina Iskandar.-Malaysiaaktif

   
Email Print
   
 
 
E-browse