Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Celcom, Health Digital Technologies inks memorandum to further explore DoctorOnCall’s potential |  Sabah Prisons settle for joint third |  300 muay thai fighters gunning for glory |  Mahathir says will try to establish non-partisan national administration |  Sekadar menceriakan aku yang mungkin nampak lebih tua |  STPM Labuan nokoposurat 100 pihatus kinapaason |  Misi koduvo Wuhan nakahantoi pinopoimbuhai pisokodungan |  Tuu mianak nosoob id kotutudan id Membakut |  Pupils from Nabawan to represent Malaysia in World Cup Dance competition in Rome |  UMS pushing for total ban on single-use plastics |  Merchantrade money gets approval to increase e-wallet limit to RM20,000 |  Pacific Rim featured in publication on Indonesia’s strategy to accelerate nickel supply |  MDV to offer RM450 mln financing to tech firms this year |  Penduduk Kg Gana-Gana rayu kerajaan naiktaraf j-raya |  Tiga pelajar SMK Arshad K. Belud terpilih sertai rombongan ke Seminar Antarabangsa Teknologi Hijau di Jerman | 
 BM

Mahkamah Anak Negeri akan distruktur semula

28th May, 2018

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Mahkamah Anak Negeri di Sabah akan distrukturkan semula dan ditingkatkan fungsi sekurang-kurangnya setaraf Mahkamah Syariah, kata Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Mokhtar.

Beliau yang telah bersedia melaksanakan tugas akan membawa perubahan melalui agenda besar yang dirancang selari dengan harapan rakyat negeri ini yang telah memberi mandat kepada pemerintahan kerajaan negeri yang baru.

“Hal Ehwal Anak Negeri ini memang saya bersedia untuk melaksanakan tugas kerana saya ada agenda besar dalam penstrukturan semula Mahkamah Anak Negeri terutama dari segi perjawatan, ini hasrat saya,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Sekolah Menengah Islamiyah Tawau (ASIST) di Bilik Diraja Masjid Al- Kauthar Tawau di sini kelmarin yang menjadi program pertama tugas rasmi yang dihadirinya.

Menurutnya, gred perjawatan yang bersesuaian dengan fungsi dan peranan Mahkamah Anak Negeri mengikut kelulusan akan diwujudkan.

“OKK atau Hakim Mahkamah Rayuan sekurangnya mempunyai ijazah, Hakim Ketua Anak Negeri sekurangnya ada diploma dan wakil Ketua Anak Negeri yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Rendah sekurangnya memiliki SPM (sijil Pelajaran Malaysia),” katanya.

Aidi berkata Mahkamah Anak Negeri juga akan disturuktur agar memiliki Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sendiri.

“Dari segi prasarana Mahkamah Anak Negeri sudah ada beberapa bangunan yang telah disiapkan dan juga ada institut latihan Mahkamah Anak Negeri jadi saya fikir sudah tiba masa untuk perubahan dilakukan,” ujarnya.

Menurutnya, perubahan drastik juga akan dilakukan di bawah Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Anak Negeri iaitu mana-mana perkara mengenai hukum syarak dari Mahkamah Anak Negeri akan berpindah kuasa kepada Mahkamah Syariah.

“Maksudnya orang-orang Islam mahkamah mereka adalah Mahkamah Syariah manakala Mahkamah Anak Negeri melibatkan orang seperti Kadazan, kita akan serahkan kepada orang yang berhak seperti penalti sogit yang tidak ada kena mengena dengan orang Islam,” katanya.

Mengulas lanjut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis berkata kewujudan protfolio baharu kementerian yang dipegangnya itu adalah satu perubahan selaras dengan semangat ukhwah parti Warisan Sabah.

“Bahagian undang-undang ini pada asalnya di bawah kuasa Ketua Menteri tetapi mungkin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Ketua Menteri) melihat pelbagai aspek bahawa pengurusan Islam dan Hal Ehwal Anak Negeri ini hendaklah dinaiktaraf dan diurus oleh seorang menteri,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai ASIST beliau mencadangkan agar persatuan berkenaan mewujudkan yayasan sebagai usaha menyokong segala aktiviti yang dijalankan dan mengukuhkan lagi kedudukan kewangan pada masa hadapan.

“Apabila ada yayasan maka harus tubuhkan pula syarikat perniagaan dalam pelbagai bidang sama ada hartanah, perladangan atau ternakan biar berasaskan korporat yang akan menjana pendapatan,” katanya. Turut hadir Pengerusi ASIST, Datuk Amrullah Kamal.

   
Email Print