Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Keewon siap single lagu sentuhan Ateng |  Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dibuka hari ini |  15 suspek berjaya ditahan AADK Keningau dalam Ops Cegah |  'MA63 realisation important towards strengthening Malaysia' |  UMS, YL4S ganding bahu capai ‘Zero Plastic Heroes’ |  Allow equal rights to confer nationality on spouses and children: JAG |  “We can recover in three years” |  'Minister should leave Water Dept Director appointment up to AGC' |  Yong: Water supply disruptions not due to dry weather but incompetence |  Commendable outing for Labuan ruggers |  Sabah silat exponents set three-gold target |  Sabah Para swimmers rule |  R10,000 sakadai kumaa PVATM laan Kota Belud |  Airbus' sourcing activities in Malaysia to reach US$550 mln |  Good paying jobs await spa therapy grads | 
 BM

Sumbangan darah daripada penderma amat diperlukan: Ridwan

25th May, 2018

KENINGAU: Unit Transfusi Darah Hospital Daerah di sini mengharapkan bekalan darah yang cukup sepanjang masa. Pengarah Hospital Keningau Dr Ridwan Hashim berkata, ini penting bagi menampung rawatan pesakit terutama bagi penghidap thalassemia yang memerlukan tambahan darah dari masa ke semasa.

Katanya, pada masa ini stok darah mencukupi tetapi pada masa-masa tertentu Unit Transfusi Darah Hospital memerlukan bantuan daripada Unit Transfusi Darah Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu bagi menampung keperluan.

Justeru itu katanya, sumbangan darah daripada penderma darah di daerah ini melalui agensi dan badan-badan sukarela amat diperlukan dari masa ke semasa.

Ridwan berkata demikian ketika ditemui semasa Ziarah Ramadan KDCA Youth Council Keningau dan Pengarah Visit Keningau Year (VKY) 2018 di Hospital Keningau pada Rabu.

Pada masa sama Ridwan mengucapkan terima kasih kepada para penderma darah di daerah yang sentiasa memberi kerjasama kepada Unit Transfusi Darah Hospital Keningau.

Mengenai dengan Ziarah Ramadan KDCA youth Council Keningau Ridwan berkata, pihak Hospital merakamkan penghargaan kepada KDCA Youth Council yang diterajui oleh Rafie Robert yang menjadjkan ziarah ini sebagai acara tahunan.

Pada ziarah itu sebanyak 100 bakul makanan di sampaikan kepada pesakit di wad Hospital Keningau dan staf hospital yang bertugas.

Turut sama dalam rombongan itu warga media dari Jabatan Penerangan Daerah Keningau, Keningau fm dan Persatuan Wartawan Keningau (KJA).

Hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Keningau Hendry Nurdin dan Presiden KJA Prancis Andin. UNTUK DISAMPAIKAN… Rafie menyampaikan bakul makanan kepada Ridwan untuk diagih-agihkan kepada pesakit dan staf hospital yang bertugas.- OLEH MARUTIN ANSIUNG

   
Email Print
   
 
 
E-browse