Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Motorcyclist, 17, dies after being run over by lorry |  Export, import unit value indices slip 0.02 pct, 0.7 pct in June 2020 – DoSM |  Mitingan poimbida PRN Sabah id suang timpu duvo minggu |  Susumakai motusaikol nopujulan kiniopon noonsulan |  Koonduan dumagang dadah tinaan |  KKJG mampu semarakkan lagi semangat patriotisme |  Minggu suai mesra pelajar baharu PPST UMS secara atas talian |  Penunggang motosikal maut digilis lori |  Polis tahan seorang wanita dipercayai pengedar dadah |  Dua kilang memproses ais beroperasi secara haram diarah tutup di Semporna |  Masidi dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UMS |  UMS sedia dana RM7.6 juta Geran Pemulihan Impak COVID-19 |  Tidak patuh SOP PKPP, dua peniaga dikompaun RM1,000 |  New COVID-19 clusters will not affect M-League restart |  Minor setback for Tambadau | 
 BM

Najib tidak ditahan, dua saksi penting akan dipanggil

23rd May, 2018

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ditahan kelmarin sebaliknya hanya akan diambil keterangan terlebih dahulu, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Katanya pihaknya akan mengambil keterangan daripada dua lagi saksi penting sebelum melakukan sebarang penahanan berkaitan kes SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sehingga kami mendapat dua saksi yang amat penting, baharulah anda mendapat ceritanya. Sekarang kes ini di bawah Datuk Seri Azam Baki.

Bergantung kepada bukti dan dokumen, juga bergantung bagaimana beliau (Najib) jawab … jika kami berpuas hati kami boleh melepaskannya, tetapi jika kami masih lagi memerlukan keterangan beliau , kami akan panggil beliau balik,” katanya dalam satu media khas, di sini kelmarin.

Shukri berkata, pihaknya menghormati Najib sebagai bekas Perdana Menteri dan beliau sendiri tidak akan membalas dendam kepada mana- mana pihak.

“Kami mesti menghormati beliau kerana beliau adalah bekas Perdana Menteri kita, saya tidak akan membalas dendam kepada sesiapa tetapi biarlah undang-undang menentukannya,” katanya.

Najib pada sebelah pagi hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Jumaat lepas, sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta di sini untuk menghantar notis meminta Anggota Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan. – Bernama

   
Email Print