Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Latihan Respons Fungsi Kecemasan 2018 dedahkan orang awam prosedur kecemasan

17th May, 2018

SANDAKAN: Orang ramai di sekitar Karamunting gempar apabila berlakunya kecemasan yang melibatkan kemalangan dan kecederaan di Stesen Minyak Petronas Jalan Bokara petang kelmarin.

Bagaimanapun, insiden ini bukan kejadian sebenar sebaliknya hanyalah sekadar Latihan Respon Fungsi Kecemasan 2018 ‘BOKARA x’ anjuran Petronas Dagangan Berhad (PDB).

Dalam latihan yang dijalankan menyaksikan lima orang mengalami kecederaan iaitu dua pekerja Petronas, dua orang awam masing-masing pemandu lori dan pemandu lori tangki serta anggota bomba.

Objektif latihan berkenaan adalah bagi mengukuhkan penyelarasan dan tahap piawaian antara PDB dan Agensi Kerajaan yang berkaitan sekiranya berlaku sebarang keadaan kecemasan di Stesen Petronas.

Selain itu, ianya juga meningkatkan pemahaman peranan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat termasuk peniaga Petronas dan kru Petronas.

Di samping untuk menilai prosedur yang sedia ada dalam keadaan tindak balas kecemasan, latihan yang dibuat secara konsisten memberikan pendedahan dan latihan kepada para peniaga dan kru mengenai prosedur tindak balas kecemasan.

Latihan simulasi ini membabitkan kakitangan dan kru Petronas serta agensi keselamatan antaranya seperti Polis, Jabatan Bomba, Hospital, Pertahanan Awam dan MPS. OLEH ROZZALIN HASHIM

   
Email Print
   
 
 
E-browse