Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

10 anggota jemaah menteri Sabah angkat sumpah

17th May, 2018

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah termasuk dua Adun dilantik mengangkat sumpah sebagai menteri Sabah yang baharu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri di sini, kelmarin.

Mereka ialah tiga timbalan ketua menteri iaitu pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Adun Dilantik) merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Christina Liew (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) dan Naib Presiden Warisan Dato’ Jaujan Sambakong (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan).

Manakala tujuh lagi mengangkat sumpah ialah Datuk Peter Anthony memegang jawatan Menteri Pembangunan Infrastruktur, Stephen Wong Tien Fatt (Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat), Junz Wong (Menteri Pertanian dan Industri Makanan), Datuk Dr. Yusof Yacob (Menteri Pelajaran dan Inovasi).

Ewon Benedick (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Datuk Haji Aidil Moktar (Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri), Poon Ming Fung dilantik Menteri Belia dan Sukan.

Pada majlis itu, seramai 18 Adun turut mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri.

Mereka ialah Jimmy Wong dan Ariffin Asgali (Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri), Kenny Chua dan Saripuddin Hatta (Pembantu Menteri Kewangan), Ben Chong dan Azhar Mattusin (Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian), Assaffal P. Allian (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar).

Hiew Vun Zin (Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan), Datuk Abdul Muis Picho (Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur), Norazlinah Arif (Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat), Dr. Daud Yusof (Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan), Muhammad Mohamarin dan Jennifer Lasimbang (Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi), Rasinin Koutis dan Dumi Pg. Masdal (Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar), Uda Sulai dan Jane Lasimbang (Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri) dan Arunarnsin Taib (Pembantu Menteri Belia dan Sukan).

Ketua Menteri Datuk Mohd Shafie Apdal berkata, barisan Kabinet Negeri Sabah yang baharu dilantik mempunyai kebolehan dan keupayaan tersendiri untuk mentadbir negeri ini.

Katanya, beliau mengambil kira penyertaan pelbagai kaum dalam barisan kabinetnya untuk sama-sama mentadbir negeri ini.

“Saya juga melantik seorang wanita sebagai timbalan ketua menteri iaitu Christina Liew,” katanya pada sidang akhbar, di kediamannya di Taman Golf View, di sini, kelmarin.

Mengenai tiga kementerian baru iaitu Kementerian Pelajaran dan Inovasi, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dan Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Mohd Shafie berkata, ia bertujuan memperkemaskan lagi pentadbiran negeri sesuai dengan tuntutan semasa.

Ketika ditanya sama ada Warisan telah menghantar nama-nama kepada Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammed untuk dipertimbangkan dilantik sebagai menteri persekutuan atau timbalan menteri persekutuan, beliau berkata, pihaknya telah menghantar enam nama untuk tujuan itu.

Sementara itu, katanya, empat lagi Adun dilantik daripada enam kesemuanya yang diperuntukkan dalam Perlembagaan negeri Sabah akan diumumkan dalam masa terdekat. Dua Adun dilantik sebelum ini ialah Madius dan Stephen.

   
Email Print
   
 
 
E-browse