Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Gani Patail dakwa buat persediaan dakwa Najib berkaitan 1MDB

17th May, 2018

PUTRAJAYA: Bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dikatakan sedang membuat persediaan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MBD) yang berdepan masalah sebelum beliau digantikan pada 2015.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Abdul Gani membuat dakwaan itu dalam pertemuan mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam kerana beliau mahu tahu kenapa Abdul Gani diberhentikan sebagai AG pada 2015.

“Beliau (Abdul Gani) mendakwa beliau sedang membuat persediaan untuk mendakwa Najib tetapi anda tahu apa yang telah berlaku, pagi itu, beliau diberhentikan daripada jawatannya,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, kelmarin.

Dilaporkan Abdul Gani diberhentikan atas sebab kesihatan dan telah digantikan dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ditanya sama ada Abdul Gani ada menunjukkan sebarang dokumen, Dr Mahathir berkata beliau tidak meminta bagi sebarang dokumen dikemukakan dan hanya diperkatakan secara lisan.

Abdul Gani ketika itu mengetuai pasukan petugas khas bagi menyiasat RM2.6 bilion dalam akaun bank bekas perdana menteri dan kes SRC International.

Ditanya adakah kontrak perkhidmatan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan kepada 14 Jun disebabkan sebarang salah laku selepas mesyuarat ketua-ketua setiausaha kementerian pada Isnin, Dr Mahathir berkata kerajaan sedang menjalankan siasatan dan langkah- langkah tertentu perlu diambil untuk kelancaran siasatan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse