Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
61 students graduate from Ascot Academy’s programmes |  Mamonde opens first store in Sabah |  Promotion hopes take hard knock |  Luguan adat pokionuon monilombus kotorinaan |  Kapangalapan mooi tanud pialaan sipoot koubasanan id KDCA |  POLINTA POGUN OTUMBAZAAN PAN BORNEO SABAH POTIHOMBUSON |  Mouth-watering Ramadan buffet at Mercure |  Mayor – Tanjung Aru Eco project shelved |  ‘35 of 72 bags seized, 26 currencies worth RM114 mil in cash seized’ |  Reflect voices of the people, media urged |  Govt’s ability to pay 1MDB debts will give assurance to markets |  Pesta Kaamatan landasan yang baik dedahkan kesenian dan kebudayaan Bumiputera Sabah |  Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam |  Tegur lewat datang kerja motif pemotong rumput ditikam |  CGC peruntuk RM4.9 bilion pembiayaan usahawan | 
 BM

Anwar dibebaskan

17th May, 2018

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermesyuarat hari ini dan mempertimbangkan kes rayuan pengampunan penuh beliau, menurut kenyataan Istana Negara.

Ketua umum PKR itu menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan dengan kesalahan meliwat.

Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Anwar, isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara tengah hari kelmarin.

Anwar sebelum itu dibenarkan keluar wad Hospital Rehabilitasi Cheras, tempat beliau menjalani proses pemulihan selepas pembedahan, dan terus ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bergerak dengan iringan kereta dan motosikal polis, Anwar tiba di Istana Negara pada 11.50 pagi dan diterima menghadap Seri Paduka kemudian.

Majlis menghadap itu berlangsung hampir sejam. Pembebasan Anwar yang dipenjarakan sejak Februari 2015 itu menjadi lebih bermakna apabila ia dibuat sehari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Ramadan, hari ini.

Pembebasan beliau daripada penjara yang merupakan antara janji Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR, pada pilihan raya umum Rabu lalu, menjadi kenyataan hanya seminggu setelah pilihan raya berakhir.

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan media bukan sahaja tempatan malah luar negara yang berkampung sejak pagi tadi di hospital dan Istana bagi mengikuti perkembangan pembebasan bekas timbalan perdana menteri dan juga bekas menteri kewangan itu.

Kawasan luar Istana Negara turut dipenuhi penyokong Anwar. Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan kes liwat.

Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, pada asalnya dijadual dibebaskan pada 8 Jun.

Sementera itu peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim R. Sivarasa berkata Anwar yang mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini, kini bebas sepenuhnya daripada sebarang pertuduhan dan boleh terlibat dalam politik.

Beliau berkata ini bermakna Ketua Umum PKR itu boleh bertanding pada pilihan raya kecil yang mungkin diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Anggota Parlimen.

“Beliau menjadi orang bebas sebaik sahaja keluar dari hospital ini,” katanya kepada pemberita di perkarangan Hospital Rehabilitasi Cheras di sini, kelmarin.

Bagaimanapun Sivarasa percaya perbincangan mengenai pembabitan Anwar dalam politik kemunginan besar hanya akan dibincangkan selepas raya pada Jun ini.

“Ini merupakan pandangan saya dan bukan keputusan beliau. Mungkin lepas raya kita akan duduk bincang dengan beliau (Anwar).

“Secara logiknya tidak ada apa- apa akan berlaku sepanjang Ramadan ini. Beliau perlukan rehat,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse