Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
PPM minanaan 10 modidikot aiso kasagaan (PATI) |  SK Sualok id Beluran kakal pointutub |  194 monginsada nokotimo sakadai 'Touch Point' kihoogo RM232,000 |  MARA tidak ketinggalan jalankan Tanggungjawab Sosial Korporat |  Henti eksport kayu balak usaha Sabah penuhi permintaan industri perkayuan |  Orang ramai dijemput hadir MRT Tahun Baru Cina 2019 |  Ketua Hakim cadang kerajaan audit undang-undang berkaitan hak pribumi |  Carlsberg brings best shopping experience |  Unity for better business opportunities |  Tournament to raise funds for ex-State player |  Preparations smooth despite limited budget – Peter |  Timber exports stopped to meet needs of local factories |  Missing elderly woman found unharmed |  Rights of Indigenous people ignored – CJ |  Dr Jeffrey questions if State A-G was consulted before water concessions termination | 
 BM

Debra Jeanne anak jati Labuan pertama dimahkotakan Miss Grand Malaysia 2018

16th May, 2018

LABUAN: Gadis jelita anak jati Labuan, Debra Jeanne Poh mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi gadis pertama dari Wilayah Persekutuan Labuan dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Miss Grand Malaysia 2018.

Debra, 22, gadis dari Kampung Pohon Batu ini berjaya mengubah dirinya daripada seorang yang lasak dalam seni mempertahankan diri Muay Thai kepada peragawati apabila berjaya menewaskan 24 peserta finalis Miss Grand Malaysia 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dengan anugerah itu, Debra akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Miss Grand International peringkat Asia Tenggara yang akan di adakan di Myanmar pada 25 Oktober 2018.

“Kemenangan ini juga telah memberi keyakinan yang lebih tinggi kepada saya untuk terus memberikan saingan kepada peserta-peserta lain yang tentunya lebih hebat dari saya… pastinya saya mahukan kemenangan,” katanya ketika ditemui di balai ketibaan Lapangan terbang Labuan sekembalinya dari ibu negara, pada malam kelmarin (Isnin).

Bagaimanapun jelasnya, laluan untuk mencapai kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah, kerana terdapat lebih 14 peserta dari negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Myanmar akan bersaing pada pentas akhir peringkat Asia Tenggara.

Terdahulu sebelum itu, Debra yang mewakili Sabah menghadapi laluan sukar apabila di peringkat negeri beliau hanya mendapat tempat ketiga dan berpeluang menyertai ke peringkat kebangsaan melalui tiket Wildcard.

“ Atas semangat ingin mengubah diri untuk lebih berani dan penuh berkeyakinan telah memberi impak yang positif kepada diri saya untuk dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2018,” katanya.

Beliau yang tiba kira-kira jam 7.30 malam disambut oleh ahli keluarga bersama jambangan bunga sebagai tanda simbolik meraikan kejayaan beliau.

Turut berada di balai ketibaan ialah ibunya Joena Madronal dan ayahnya Poh Eng Ping.

Dalam pada itu, Debra anak sulung dari dua beradik itu, turut berterima kasih kepada ibu dan ayahnya serta ahli keluarga yang telah memberikan sokongan untuk beliau menceburi bidang peragawati sehingga lah berjaya bukan sahaja mengharumkan nama ahli keluarga tetapi juga negeri Sabah yang diwakilinya dan Labuan.-Oleh Jainudin Djimin

   
Email Print
   
 
 
E-browse