Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
99 per cent of M-League teams complete privatisation process – FAM |  Tambadau leave early for Johor on chartered flight |  ‘Masculine’ sarongs to hit the market soon |  AirAsia to commence Kuching-Langkawi route in November |  ASNB declares total payout of RM646m for three funds |  Banks have approved 98 pct of 500,000 applications for repayment assistance – BNM |  Malaysia's economic activity outcome to improve in Q3 – DOSM |  Pokisompuruan i Rubin id Kabinet mongobi’ Murut |  Hajiji kaanu momupus kokusutan pulitik Sabah |  Songulun nogompitan tinanggayan Abu Sayyaf napatai id Sulu |  Hajiji minonimpuun kalaja sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Penduduk pedalaman harap k'jaan baharu beri perhatian masalah, keperluan pembangunan |  Empat anggota PPM cedera, bot peronda meletup |  COVID-19: Semua urusandi JPN Sabah dilaksanakan secara temu janji |  ‘Lockdown’ in Sabah this Friday fake news – MKN | 
 BM

Kurup yakin dengan Arthur sebagai calon BN Pensiangan

5th May, 2018

NABAWAN: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup percaya dengan kebolehan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pensiangan Arthur Joseph Kurup bakal membawa perubahan yang lebih baik di Parlimen Pensiangan.

Kurup berkata, ini kerana beliau sudah didedahkan dan telah terlibat dalam bidang politik selama 15 tahun.

Selain itu katanya, beliau juga sering didedahkan dengan memahami dan menghayati rakyat yang dalam kesusahan dan beliau selalu diingatkan untuk membuat keputusan dengan mendahulukan rakyat.

“Saya seringkali mengingatkan kepada beliau dimana apa-apa keputusan yang dibuat mesti melihat dari sudut kepentingan rakyat, saya juga sering membawa beliau untuk melihat sendiri dan menghayati kesusahan rakyat untuk membantu mereka khususnya di parlimen ini yang masih terdapat miskin dan miskin tegar,” katanya ketika ditemui media dalam pelancaran manifesto pilihanraya P.182 Pensiangan, di dewan belia dan sukan, di sini pada khamis.

Oleh itu katanya, beliau percaya dengan adanya pendidikan, ilmu yang diterapkan dan dipraktikkan oleh beliau akan membawa kepada perubahan kesejahteraan masyarakat yang lebih baik, pembangunan, peningkatan taraf hidup dan kesihatan rakyat di parlimen Pensiangan ini.

Sementara itu, bagi calon BN Parlimen Pensiangan yang juga Timbalan PBRS Arthur berkata, beliau telah bersedia menjadi wakil rakyat di Parlimen Pensiangan untuk membangunkan kawasan ini dan masyarakat di sini ke tahap yang lebih baik.

Katanya, beliau sejak terlibat dalam politik sudah menjelajah ke kampung-kampung di seluruh parlimen ini untuk mengenali dan memaham keperluan-keperluan rakyat di parlimen Pensiangan.

Katanya, sehingga kini beliau terus bersama dengan masyarakat di parlimen Pensiangan untuk melawat dan membantu mereka.

Berkenaan dengan kempen katanya, beliau tetap meneruskan mendekati rakyat dan berjumpa dengan rakyat di Parlimen Pensiangan dan menerangkan agenda dan wawasan beliau untuk masyarakat di parlimen ini.

Katanya, aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan ini juga akan di muat naik di media sosial untuk pengetahuan masyarakat yang tidak berkesempatan hadir dalam program yang dijalankan.

Oleh itu katanya, beliau menyeruh kepada masyarakat di Parlimen Pensiangan untuk memberi peluang dan kepercayaan kepada beliau dengan menyokong beliau pada PRU14 dan seterusnya menjadi wakil rakyat di parlimen ini.

Arthur merupakan calon baharu di Parlimen Pensiangan untuk PRU14 ini yang menggantikan Presidennya Tan Sri Joseph Kurup, beliau juga merupakan Timbalan PBRS.

Pada PRU14 ini, beliau bakal bertanding lima penjuru bagi merebut kerusi parlimen P.182 Pensiangan dengan menyaksikan persaingan antara Raymond Ahuar (PKR), Joh Jimmy @ Richard Joe Jimmy (STAR), Maidin Atak (PCS) dan Engah Sintah (BEBAS). OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print