Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Artis nokoiyonon kiguno haro kotinanan sondiri momumuhu do royalti ’ |  Wani Kayriekalabus sinding wagu pintangaan toun diti |  4,184 susumikul mantad 18 institut nokotoimo sakadai poimbida RM950 |  Stesen kereta api di Melalap roboh akan baik pulih |  Borneo Combat Gym serah sumbangan bernilai RM8,660 |  23 RAMD sempurna ambil alih tugas 6RRD |  Ketua, wakil jabatan berpeluang lihat lebih dekat peranan TLDM |  Lebih 4,000 pelajar menuntut di IPT/S di Sabah terima bantuan khas 'one off' RM950 |  Utamakan kepentingan parti: Sapawi |  BN tidak pernah ‘anaktirikan’ kawasan pembangkang: Musa |  Starbucks at Petronas kiosks |  DHL to build Johor gateway |  Hectic match schedule costs Sabah dearly |  Jelius: Worst-ever performance thus far |  MyBazar, online marketplace for promoting local products | 
 BM

Jemputan sertai Sugandoi Kaamatan Sandakan 2018

17th April, 2018

KEPADA yang berbakat, dialu-alukan menyertai pertandingan Sugandoi Kaamatan 2018 Peringkat Daerah Sandakan. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan keatas terdiri daripada suku kaum Kadazan Dusun Murut atau salah seorang daripada ibu atau bapa berketurunan Kadazan Dusun Murut.

Menurut Pengerusi Sugandoi Kaamatan Daerah Sandakan 2018 Daniel Bansatan, pertandingan ini diadakan sempena perayaan Kaamatan Daerah yang dirayakan 13 Mei depan.

Katanya, saringan untuk Sugandoi akan diadakan pada 5 Mei (Sabtu) di Dewan Masyarakat Sandakan dimana pendaftaran dibuka seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi disusuli saringan memilih finalis yang akan bertanding di pentas akhir pada 13 Mei (Ahad) nanti di venue sama.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Daniel di nombor 019-896 2600 atau Timbalan Pengerusi Asmad Kupi (013-322 8485), Emily J. Mobinjol (011-3398 1480), Wiliam Sipaji (013-810 6863) dan Sundry Ekok (013-880 2302).

“Kami berharap sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekitar khususnya di daerah Sandakan untuk menyertai pertandingan Sugandoi ini,” ujar Daniel.

Tema sambutan Kaamatan tahun ini adalah ‘Kebudayaan Asas Perpaduan dan Persaudaraan’. -OLEH RAPHIEL PINUS

   
Email Print
   
 
 
E-browse