Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Opposition walkout mere play-acting – Dr M |  Anifah, Khairy and Rosman stand their ground |  Party atmosphere at UMS Stadium |  Sabahan Yee breezes to victory |  PPKK tomoimo popotounda kosivatan kumaa di songintindooi ngaavi: Rosman |  MESEJ NUANGAN VINASI I KOSUDONG KAANDAK LAYAT |  Limkokwing University churned out 10,000 graduates worldwide |  UMS hosts Early Childhood Music Level II |  Honda New HR-V now in Malaysia |  Business as usual for Tealive stores |  Priceworth log harvests jump 247 pct in June |  Maspah: Majlis tahunan pelengkap permuafakatan Kampung Bua' Pintasan |  Kaedah bertaraf dunia bagi P&P tingkatkan kemahiran guru muzik |  UMS terima Anugerah Universiti Awam Bebas Denggi 2018 |  Beri peluang penghuni penjara: Rosman | 
 BM

155 peserta seluruh Sabah terima pakej bantuan mobilepreneur

17th April, 2018

SANDAKAN: Seramai 155 peserta dari seluruh negeri Sabah menerima pelbagai pakej bantuan mobilepreneur yang meliputi motosikal serta kotak peralatan, set peralatan kemahiran dan kursus asas keusahawanan.

Ia disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman pada satu Majlis Penyerahan Mobilepreneur @ KKLW GiatMara Negeri Sabah yang telah berlangsung di perkarangan Bangunan Markas Pergerakan Pemuda BN Libaran, Batu 7, dekat sini, petang Ahad.

Hadir sama dalam majlis berkenaan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu Datuk Borhan Dollah.

Sementara itu, jumlah keseluruhan peserta mobilepreneur dari Sabah yang diluluskan oleh pihak kementerian adalah seramai 291 orang dengan peruntukan berjumlah RM2.91 juta.

Menariknya, penerima mobilepreneur terdiri dari perkhidmatan automotif, penghawa dingin, spa, jahitan, dandanan rambut, motosikal, impalan, komputer, senggaraan paip, senggaraan bangunan dan fotografi sudah boleh memulakan perkhidmatan bergerak masing-masing kepada masyarakat setempat.

Untuk rekod, pada Februari lalu, seramai 136 peserta telah menerima bantuan sama dalam majlis diadakan di Kota Kinabalu.

Terdahulu, Musa ketika berucap berkata pelbagai program dan inisiatif kerajaan telah diperkenalkan untuk membangunkan komuniti luar bandar.

Katanya, antara pendekatan yang dilakukan termasuklah pembangunan modal insan, pemerkasaan ekonomi dan keusahawanan di luar bandar ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Inisiatif ini telah diperkenalkan supaya ia sesuai dan selaras dengan dasar-dasar pembangunan negara.

“Oleh itu, secara keseluruhannya pembangunan luar bandar tidak harus dipinggirkan kerana masyarakat luar bandar mempunyai peranan penting untuk membantu kerajaan membina masa depan negara yang cemerlang,” jelasnya.

Beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kerana berjaya mengilhamkan satu resepi ekonomi yang diyakini dapat menyemarakkan keusahawanan dalam kalangan belia luar bandar bermula daripada peringkat asas secara kecil-kecilan.-OLEH ROZZALIN HASHIM

   
Email Print
   
 
 
E-browse