Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
We are not traitors, says ex-youth chief |  Labourer accused of stealing RM400 had throat slit |  Promising start for Sabah junior shuttlers |  Peter is new Safa Supremo |  Potihombuson sunduvan guminavo pogun – Shafie |  KD Mahawangsa TLDM pinongimbayat Tadau Poingukab Mawilla 2 |  LHDN Sabah nokopouhu RM7.5 maya’ PKPS gisom ko 10tw Kohopod |  Attaining certain qualities critically needed for youth to face educational challenges |  DoubleVerify provides fraud filtering solution for advertisers globally |  MITI, MIDA, Intel hold IoT forum to review progress |  Pelajar Universiti hilang langgar pantang larang di Sabah |  Ewon: Lebih RM1.8j dividen dibayar 774 peserta Ladang PPRT Tongod |  Program pemutihan PATI tidak akan dilakukan kerap, kata Mohd Azis |  Masyarakat manfaat Hari Kapal Terbuka di MAWILLA |  Kes kematian pekerja ladang, polis giat kesan suspek | 
 BM

Tekun beri pinjaman lebih RM5 bilion sejak 1998

17th April, 2018

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) memberi pembiayaan perniagaan kepada 405,513 orang usahawan bernilai RM5.06 bilion di seluruh negara, sejak diwujudkan pada tahun 1998.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Baharom Embi berkata, kerajaan melalui Tekun Nasional telah menyalurkan dana pembiayaan perniagaan bagi membantu golongan peniaga kecil untuk memula dan mempertingkatkan perniagaan sedia ada.

Beliau berkata, sejak penubuhan hingga Mac lalu, 703 siri Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional dilaksanakan membabitkan seramai 178,289 usahawan di seluruh negara.

“Inisiatif ini selari dengan hasrat dan matlamat penubuhan Tekun Nasional dalam menyediakan pembiayaan mikro serta perkhidmatan sokongan pembangunan keusahawanan.

“Melalui inisiatif ini, ia dapat membantu usahawan meningkatkan perniagaan, pendapatan dan taraf ekonomi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perasmian Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional Negeri Sabah yang disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Mohd Noor, di Dewan Sri Sulaman Tuaran pada Ahad.

Mengenai pembayaran balik pinjaman, Baharom berkata bagi memastikan pembiayaan yang disalurkan kepada usahawan dapat dikutip semula, Tekun Nasional mengambil inisiatif menyahut cabaran menuju ke arah digital dengan menyediakan aplikasi mudah alih Tekun Pay yang lebih releven tanpa tunai, tanpa kertas dan lebih sistematik untuk kemudahan usahawan.

Katanya, ushawan Tekun Nasional dari negeri ini merupakan pengguna teramai memuat turun dan membuat pembayaran balik dengan menggunakan aplikasi Tekun Pay.

Beliau berkata, aplikasi mudah alih Tekun Pay yang dibangunkan oleh Tekun Nasional berjaya mengutip kira-kira RM638,443.07 melibatkan 2,728 transaksi sejak ia didaftarkan di Google Play dan App Store sejak Julai tahun lalu.

“Daripada jumlah tersebut, usahawan Tekun Nasional dari negeri Sabah adalah teramai memuat turun aplikasi Tekun Pay iaitu seramai 495 orang dengan jumlah transaksi bayaran balik sebanyak RM118,951.72.

“Diikuti negeri Johor (384) dengan jumlah transaksi RM83,381.38 dan Selangor (234) dengan jumlah transaksi RM52,372.55,” katanya.

Beliau berkata, usahawan boleh menggunakan aplikasi itu untuk menyemak maklumat akaun pembiayaan dan membuat bayaran balik pembiayaan secara dalam talian.

“Ianya lebih praktikal dan mudah. Melalui aplikasi ini juga usahawan Tekun Nasional boleh membuat bayaran menggunakan internet banking melalui bank yang menggunakan Financial Process Exchange (FPX),” katanya.

Seminar itu disertai kira-kira 500 usahawan sekitar Kota kinabalu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai Tekun Nasional.

   
Email Print
   
 
 
E-browse