Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Opposition walkout mere play-acting – Dr M |  Anifah, Khairy and Rosman stand their ground |  Party atmosphere at UMS Stadium |  Sabahan Yee breezes to victory |  PPKK tomoimo popotounda kosivatan kumaa di songintindooi ngaavi: Rosman |  MESEJ NUANGAN VINASI I KOSUDONG KAANDAK LAYAT |  Limkokwing University churned out 10,000 graduates worldwide |  UMS hosts Early Childhood Music Level II |  Honda New HR-V now in Malaysia |  Business as usual for Tealive stores |  Priceworth log harvests jump 247 pct in June |  Maspah: Majlis tahunan pelengkap permuafakatan Kampung Bua' Pintasan |  Kaedah bertaraf dunia bagi P&P tingkatkan kemahiran guru muzik |  UMS terima Anugerah Universiti Awam Bebas Denggi 2018 |  Beri peluang penghuni penjara: Rosman | 
 BM

Polis nafi kes murid cuba dirogol

17th April, 2018

TAWAU: Polis di sini menafikan kes seorang murid perempuan sebuah sekolah rendah berusia sembilan tahun cuba dirogol di kawasan Pasar Tanjung seperti yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus dalam kenyataan berkata mangsa hanya diganggu suspek yang kemudian ketakutan dan berlari cuba menyelamatkan diri dengan berteriak.

“Mangsa sendiri yang menafikan cuba dirogol atau diraba dan tidak ada kecederaan juga ke atas mangsa, cuma menyatakan terkejut dan menjerit selepas melihat suspek tiba-tiba menghulurkan wang RM5, “katanya.

Suspek berusia 25 tahun itu bagaimanapun katanya telah ditangkap oleh anggota polis selepas tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai mempunyai masalah mental disoder.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif.

Terdahulu ibu mangsa yang berusia 43 tahun tampil membuat laporan polis pada Ahad kira-kira jam 1.56 tengah hari menyatakan anaknya telah diganggu seorang lelaki tidak dikenali.

Ibu mangsa berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 tengah hari pada Ahad apabila mangsa terpisah dari rakan-rakannya ketika sedang bermain.

Semasa hendak pulang dari bermain, mangsa telah terserempak suspek yang tidak mengeluarkan kata-kata hanya menghulurkan wang RM 5 kepadanya.

Mangsa yang berseorangan ketika itu ketakutan dan terus berlari mendapatkannya. -OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print
   
 
 
E-browse