Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ponuu muvung id Esszone noputan gisom ko 30tv Kotuu |  Tudon kotundaan id siibo JPNIN soihion mahik |  PONOIHIAN MONTOK MONGUKAB MAHIK KOTINANAN PAAI SABAH |  Hampir 1.3 juta penduduk M'sia pembawa talasemia |  Kerajaan cari mekanisma terbaik selesai isu rumah setinggan: Jaujan |  Dakwaan kerajaan beri kewarganegaraan kepada PATI tidak benar: Peter |  JPNIN Labuan catat rekod Kolupis terpanjang di Malaysia |  Mohamad Ariff akan dilantik Speaker Dewan Rakyat: Tun M |  Lembaga Padi Sabah mungkin diwujud semula |  ‘You cannot say I’m 39!’ |  Three Sabahans among 12 for World Squash Championship |  Keningau’s SK Tuarid Taud, Limbang’s SMK Medamit grab top awards |  2,850 turtle eggs seized by marine police |  Squatter problem: Comprehensive approach to be used |  State mulling revival of Padi Board | 
 BM

Lelaki terbunuh kereta terbabas

170418-maut-6
TERBALIK .… Keadaan 4WD yang dipandu mangsa.

17th April, 2018

LAHAD DATU: Seorang lelaki terbunuh selepas kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dipandunya terbabas di Jalan Putatan, dekat sini, kelmarin (Ahad).

Mangsa Abdul Hafiz Said, 24, yang parah di bahagian badan termasuk patah bahagian tulang rusuk kiri dan kanan disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk dihantar ke Hospital Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Hamzah Ahmad berkata, nahas berlaku kira-kira pukul 12 tengahari ketika mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Ladang Sabahmas menuju ke Jalan POIC.

Bagaimanapun katanya, sebaik melalui jalan berselekoh di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik di dalam parit.

Sehubungan itu, kata Hamzah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Mohamad Kemil Rahmat. -OLEH MARLINA MACPEE

   
Email Print
   
 
 
E-browse