Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
We are not traitors, says ex-youth chief |  Labourer accused of stealing RM400 had throat slit |  Promising start for Sabah junior shuttlers |  Peter is new Safa Supremo |  Potihombuson sunduvan guminavo pogun – Shafie |  KD Mahawangsa TLDM pinongimbayat Tadau Poingukab Mawilla 2 |  LHDN Sabah nokopouhu RM7.5 maya’ PKPS gisom ko 10tw Kohopod |  Attaining certain qualities critically needed for youth to face educational challenges |  DoubleVerify provides fraud filtering solution for advertisers globally |  MITI, MIDA, Intel hold IoT forum to review progress |  Pelajar Universiti hilang langgar pantang larang di Sabah |  Ewon: Lebih RM1.8j dividen dibayar 774 peserta Ladang PPRT Tongod |  Program pemutihan PATI tidak akan dilakukan kerap, kata Mohd Azis |  Masyarakat manfaat Hari Kapal Terbuka di MAWILLA |  Kes kematian pekerja ladang, polis giat kesan suspek | 
 BM

Tiga beradik rentung dalam kebakaran

17th April, 2018

OLEH NAZRINI BADARUN

SEMPORNA: Sepasang kembar berusia lima tahun dan adik lelaki mereka berusia empat tahun rentung dalam kebakaran di rumah kongsi pekerja ladang TSH Collecting Cente Semporna, kira-kira jam 7.40 pada malam Isnin.

Mangsa yang rentung dikenali sebagai Harmasius Roman @ Abdullah dan kembarnya Fonsaliana, 5, serta adik mereka Amsalinus, 4, ditemui di bahagian bawah dapur rumah.

Ketua Polis Daerah, Supt Peter Umbuas dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa telah ditinggalkan oleh bapa mereka untuk mengambil ibu mereka yang berada di Pegagau.

“Menurut bapa mangsa, sewaktu mereka ditinggalkan pintu belakang rumah telah dikunci dan kesemua mangsa berada di bahagian ruang tamu rumah dengan pintu hadapan rumah tidak berkunci,”katanya.

Peter berkata ketika dalam perjalanan pulang ibu bapa mangsa telah terlihat kepulan asap berhampiran rumah dan apabila sampai mendapati rumah mereka telah terbakar.

“Bapa mangsa cuba untuk menyelamatkan kesemua mangsa tetapi gagal kerana api merebak dengan pantas,”katanya.

Katanya, setelah api padam sepenuhnya ketiga-tiga mangsa dijumpai dalam keadaan rentung di bahagian bawah dapur berhampiran tangga dipercayai cuba menyelamatkan diri tetapi gagal.

Mayat ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke hospital Semporna untuk pemeriksaan lanjut dan bedah siasat akan dibuat esok di bahagian Forensik Hospital Tawau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Fazizul Hizam Borhan pula berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.47 malam dan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 15 kilometer dari BBP Semporna.

Menurutnya, dua jentera bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan apabila tiba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal telah terbakar 95 peratus.

“Ketika kejadian dimaklumkan terdapat tiga mangsa berada di dalam dan kita telah berusaha memadam dan menyelamat mangsa terlibat namun ditemukan dalam keadaan rentung,” katanya.

Fazizul berkata operasi berjaya dikawal pada jam 9 malam dan tamat pada jam 9.43 malam. Punca kejadian masih dalam siasatan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse