Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Artis nokoiyonon kiguno haro kotinanan sondiri momumuhu do royalti ’ |  Wani Kayriekalabus sinding wagu pintangaan toun diti |  4,184 susumikul mantad 18 institut nokotoimo sakadai poimbida RM950 |  Stesen kereta api di Melalap roboh akan baik pulih |  Borneo Combat Gym serah sumbangan bernilai RM8,660 |  23 RAMD sempurna ambil alih tugas 6RRD |  Ketua, wakil jabatan berpeluang lihat lebih dekat peranan TLDM |  Lebih 4,000 pelajar menuntut di IPT/S di Sabah terima bantuan khas 'one off' RM950 |  Utamakan kepentingan parti: Sapawi |  BN tidak pernah ‘anaktirikan’ kawasan pembangkang: Musa |  Starbucks at Petronas kiosks |  DHL to build Johor gateway |  Hectic match schedule costs Sabah dearly |  Jelius: Worst-ever performance thus far |  MyBazar, online marketplace for promoting local products | 
 BM

DBKK perkenal konsep S.A.C budaya Kempen Anti Kutu Sampah

17th April, 2018

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memperkenalkan konsep S.A.C iaitu S (Stop from littering), A (advice those who are litter) dan C (Collect when you see rubbish) bagi membudayakan Kempen Anti Kutu Sampah.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata Kempen Anti Kutu Sampah dan strategi 3B : Bawa Beg Bah adalah selaras dengan usaha DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan berdaya huni menjelang tahun 2020.

“Melalui kempen-kempen ini, zon tanpa sampah diwujudkan satu persatu dengan harapan kawasan tanpa sampah akan bertambah dan diperluaskan ke seluruh bandaraya Kota Kinabalu.

“Sebagai makluman, sejak kempen ini dilancarkan pada 2008, sebanyak 203 premis tanpa sampah telah diwujudkan di kawasan bandaraya dan 45 penyertaan baru dalam stategi 3B : Bawa Beg Bah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan semula Grandis Hotel & Resort Suria Sabah sebagai Hotel Tanpa Sampah di Grandis hotel, pagi kelmarin.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan hotel kerana telah menyahut seruan DBKK dengan terus melangkah ke hadapan dalam pengurusan sisa pepejal dengan mengamalkan kitar semula 3R (Recycle, reduce & reuse), 6S ( Sort,Set in Order, Shine, Standardize,Sustain and Safety) dan menuju ke arah hotel hijau.

Turut hadir Pengurus Besar Grandis Hotel & Resort Suria Sabah, Micheal Tan dan Timbalan Pengurus besar Grandis Hotel & Resort Suria Sabah, Chung Keh Vee. - PENERANGAN.

   
Email Print
   
 
 
E-browse