Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
We are not traitors, says ex-youth chief |  Labourer accused of stealing RM400 had throat slit |  Promising start for Sabah junior shuttlers |  Peter is new Safa Supremo |  Potihombuson sunduvan guminavo pogun – Shafie |  KD Mahawangsa TLDM pinongimbayat Tadau Poingukab Mawilla 2 |  LHDN Sabah nokopouhu RM7.5 maya’ PKPS gisom ko 10tw Kohopod |  Attaining certain qualities critically needed for youth to face educational challenges |  DoubleVerify provides fraud filtering solution for advertisers globally |  MITI, MIDA, Intel hold IoT forum to review progress |  Pelajar Universiti hilang langgar pantang larang di Sabah |  Ewon: Lebih RM1.8j dividen dibayar 774 peserta Ladang PPRT Tongod |  Program pemutihan PATI tidak akan dilakukan kerap, kata Mohd Azis |  Masyarakat manfaat Hari Kapal Terbuka di MAWILLA |  Kes kematian pekerja ladang, polis giat kesan suspek | 
 BM

Rozman akui selesa di panggil Abang Man

170418-rozman-4
SANTAI .… Rozman ketika berucap secara santai di hadapan pengundi dan penyokong BN sempena Program Santai Bersama Abang Man di Kampung Tanjung Aru, pada Sabtu.

17th April, 2018

LABUAN: Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli menzahirkan perasaan seronok apabila di panggil sebagai Abang Man.

Beliau yang juga bakal calon Barisan Perlimen Parlimen Labuan berkata, jolokan Abang Man itu merupakan cetusan daripada Pergerakan Pemuda Umno Bahagian yang mahukan nama Abang Man bukan sahaja di komersilkan tetapi juga nama Abang Man itu lebih dekat dihati rakyat Labuan khususnya golongan Muda.

“Nama Abang Man ini menyeronokan saya kerana ia bukan sahaja menampakan saya lebih muda, tetapi rakyat juga lebih rasa muda sekaligus hubungan saya dengan rakyat akan bertambah mesra,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Bersama Abang Man anjuran Umno Cawangan Kampung Tanjung Aru dengan Kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan kemajuan Kampung (JKKK) dan Persatuan Kelab Belia Tanjung Aru (Kataru) yang diadakan di padang Balai Raya Kampung Tanjung Aru, pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias, Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Khalid Abdul Ghani, Ketua Wanita Umno Bahagian, Datuk Aini Haji Safar dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan.

Hadir sama, Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjung Aru, Haji Yahya Haji Bakri, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP Subzon 7, Sukimin Wakimin, Ketua Kampung Tanjung Aru, Haji Harun Damit dan Pengerusi Persatuan Kelab Belia Tanjung Aru (Kataru), Azrul Shah Abdul Rahman.

Menyentuh mengenai Program Santai Bersama Abang Man yang diadakan di setiap PDM dan komuniti kampung merupakan aspirasi beliau sebagai usaha untuk mendekati rakyat dalam memastikan masyarakat Labuan terus memberikan sokongan trhadap kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Selain itu katanya, ia juga sebagai usaha untuk mendapatkan sokongan mojiriti undi calon BN meningkat seperti mana yang dasasarkan oleh pucuk pimpinan parti supaya undi calon BN Labuan meningkat

“Kita perlu pastikan majoriti kemenangan calon BN di Parlimen Labuan kali ini terus meningkat berbanding PRU-13 bagi memastikan mandat BN kali ini semakin kuat dan kukuh untuk memerintah Negara ini,” katanya.

Beliau menaruh keyakinan dengan mandat rakyat yang lebih kuat, pelbagai lagi kemajuan dan pembangunan infrastruktur akan mampu dilakukan oleh kerjaan BN khususnya di Labuan ini dan contoh yang paling penting bagi masyarakat Labuan adalah kelulusan pembinaan jambatan Labuan-Menumbok yang memberikan kesan yang besar terhadap pembangunan Labuan kelak,” jelasnya. -OLEH: JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse