Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Artis nokoiyonon kiguno haro kotinanan sondiri momumuhu do royalti ’ |  Wani Kayriekalabus sinding wagu pintangaan toun diti |  4,184 susumikul mantad 18 institut nokotoimo sakadai poimbida RM950 |  Stesen kereta api di Melalap roboh akan baik pulih |  Borneo Combat Gym serah sumbangan bernilai RM8,660 |  23 RAMD sempurna ambil alih tugas 6RRD |  Ketua, wakil jabatan berpeluang lihat lebih dekat peranan TLDM |  Lebih 4,000 pelajar menuntut di IPT/S di Sabah terima bantuan khas 'one off' RM950 |  Utamakan kepentingan parti: Sapawi |  BN tidak pernah ‘anaktirikan’ kawasan pembangkang: Musa |  Starbucks at Petronas kiosks |  DHL to build Johor gateway |  Hectic match schedule costs Sabah dearly |  Jelius: Worst-ever performance thus far |  MyBazar, online marketplace for promoting local products | 
 BM

KeTTHA teruskan Program Jelajah YaHijau

170418-kunjung-4

17th April, 2018

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui Yayasan Hijau Malaysia meneruskan Program Jelajah YaHijau untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk sama-sama menyumbang ke arah pembangunan teknologi hijau di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Ongkili berkata, inisiatif itu bertujuan mendidik, meningkatkan kesedaran, mempromosi dan menggalakkan penyertaan masyarakat serta badan korporat tentang penggunaan aplikasi teknologi hijau dan pembudayaan amalan hidup hijau.

“Pelaksanaan Program Jelajah YaHijau Sabah membolehkan kementerian berkongsi idea dan memberi pendedahan kepada orang ramai, khususnya masyarakat akar umbi di negeri ini tentang kepentingan aplikasi teknologi dan amalan hidup hijau dalam kehidupan seharian.

“Selain itu, ia juga adalah salah satu platform perpaduan antara kaum dan agama dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara secara lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena Progarm Jelajah Yahijau Sabah 2018, Siri Keenam: Kota Marudu, di Padang Bandaran Kota Marudu, pada Ahad.

Teks ucapannya disampaikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting

Maximus berkata, tahun ini merupakan tahun ketiga pelaksanaan Program Jelajah YaHijau sejak ia dimulakan pada 2016.

“Kota Marudu menjadi lokasi bertuah di mana telah dipilih sebagai lokasi strategik bagi mengadakan Pra-Pelancaran Green Guardian.

“Green Guardian merupakan projek multimedia digital yang dibangun dan dikendalikan oleh YaHijau. Projek ini merupakan sebuah program penyampaian ilmu tentang amalan hidup hijau dengan menggunakan teknologi berkonsepkan elemen interaktif yang lebih menarik.

“Semoga dengan kaedah pembelajaran baru ini, masyarakat terutamanya pelajar sekolah dan kanak-kanak akan lebih berminat dan terhibur untuk mengamalkan kehidupan mesra alam dan seterusnya menyumbang kepada kelestarian bumi sehingga mereka dewasa kelak,” katanya.

Beliau berkata, antara aspirasi belia dalam laporan Kanvas Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) ialah untuk melihat sebuah negara yang inklusif dan menyediakan peluang adil kepada semua rakyat termasuk mengamalkan kelestarian dalam pembangunan serta mempunyai tadbir urus efektif dan bertanggungjawab.

“Segmen Tanggungjawab Terhadap Khazanah Semula Jadi merupakan satu daripada tujuh bab utama yang dibahaskan dalam laporan Kanvas Belia TN50. Ini termasuklah mempu¬nyai akses yang lebih luas kepada pembangunan teknologi hijau serta kepentingan mengamalkan gaya hidup hijau,” katanya.

Maximus berkata, ini membuktikan golongan muda mulai menyedari kepentingan menjaga kelestarian alam.

“Mereka mulai mengambil tahu dan sentiasa mahu mempertahankan bumi ini dari terus dicemari. Belia hari ini adalah pemimpin masa hadapan akan menerajui gerakan kesedaran pemeliharaan alam secara konsisten dan aktif.

“Usaha ini dapat dilaksana menerusi penglibatan secara kolektif antara semua ahli masyarakat,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse