Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
We are not traitors, says ex-youth chief |  Labourer accused of stealing RM400 had throat slit |  Promising start for Sabah junior shuttlers |  Peter is new Safa Supremo |  Potihombuson sunduvan guminavo pogun – Shafie |  KD Mahawangsa TLDM pinongimbayat Tadau Poingukab Mawilla 2 |  LHDN Sabah nokopouhu RM7.5 maya’ PKPS gisom ko 10tw Kohopod |  Attaining certain qualities critically needed for youth to face educational challenges |  DoubleVerify provides fraud filtering solution for advertisers globally |  MITI, MIDA, Intel hold IoT forum to review progress |  Pelajar Universiti hilang langgar pantang larang di Sabah |  Ewon: Lebih RM1.8j dividen dibayar 774 peserta Ladang PPRT Tongod |  Program pemutihan PATI tidak akan dilakukan kerap, kata Mohd Azis |  Masyarakat manfaat Hari Kapal Terbuka di MAWILLA |  Kes kematian pekerja ladang, polis giat kesan suspek | 
 BM

MPS bakal dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Sandakan

170418-lead-3b
BERSAMA ... Hajiji (tengah) bergambar bersama dengan audiens selepas menyampaikan ceramahnya

17th April, 2018

OLEH VESTA VANESSA JSOL

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menaiktaraf status Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kepada Majlis Bandaraya Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata bahawa Kabinet telahpun memutuskannya dan mengikut perancangan akan berkuatkuasa bermula pada 1 Julai tahun ini.

“Majlis Bandaraya adalah berlainan dengan Dewan Badaraya Kota Kinabalu (DBKK). Apabila kita menaiktarafkannya, presiden yang ada sekarang akan dipanggil sebagai Datuk Bandar ataupun Mayor.

“Keputusan ini dibuat atas penilaian keatas syarat-syarat tertentu yang ditetapkan untuk mengiktiraf Majlis Perbandaran menjadi Majlis Bandaraya dan Sandakan telah memenuhi syarat-syarat tersebut.

“Ini menujukkan mereka juga mesti meningkatkan tahap pemberian perkhidmatan kepada rakyat, banyak yang mereka perlu lakukan untuk mendapatkan status ini,” jelasnya.

Hajiji berkata kepada media selepas menyampaikan ceremahnya yang bertajuk ‘Pihak Berkuasa Tempatan: Tadbir-Urus Baik,’ dalam majlis Chapter UMS Lecture Series No.4 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Majlis Profesor Negara UMS di sini, kelmarin.

Selain Sandakan, beliau juga menyatakan bahawa Tawau juga dijangka untuk mendapatkan status baharu dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, Hajiji menyatakan bahawa Tongod kini telah dinaik taraf sebagai sebuah Majlis Daerah.

“Tongod sudah mula beroperasi pada 1 Januari yang lepas. Manakala Majlis Daerah Telupid yang telah diluluskan oleh Kerajaan, diharapkan untuk beroperasi sebelum hujung tahun ini.

Hajiji menegaskan bahawa, tujuan kedua-dua daerah dinaik taraf adalah untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat di kawasan terbabit.

“Tongod ini adalah satu tempat yang agak strategik. Laluan Pantai Barat Sabah ke Pantai Timur Sabah, jadi wajar diberikan status Majlis Daerah yang mentadbir sendiri hal ehwal dalam kawasan itu,” ujarnya.

Pewartaan Tongod dan Telupid sebagai Majlis Daerah menjadikan Sabah kini mempunyai 26 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sebelum ini, Tongod berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kinabatangan sementara Telupid di bawah kuasa Majlis Daerah Beluran.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Ginun Yangus; Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS, Profesor Dr. Ismail Ibrahim dan Pengerusi Majlis Profesor Negara, UMS, Profesor Datuk Mohd. Hamdan Adnan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse