Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pelajar antara ditangkap kerana dadah |  Yayasan Tzu Chi perlu RM1.7j untuk bina bangunan Pusat Hemodialisis |  Gagal perjuangkan MA63 menerusi Umno, BN sebab keluar parti: Anifah |  Sabah divers a class above the rest |  Andre smashes triple jump record |  Notorius siblings arrested for multi break-ins |  27 Vietnamese fishermen charged |  Form 4 student among 22 druggies caught |  World Wellness Weekend 2018 at Suria Sabah this weekend |  Unduk Ngadau om Ratu Fesyen Sinakagon Baung |  Kouangan duvo kapal monoizuk TLDM, papantod panamangan pitakasan kohisaon |  SPRM papahabus nuzudan kopomoiganan harta buuan polinta kotimpuun ko 1 Vuhan Koopod |  Extra RM10m boost for YSG education fund |  43,565 to sit for UPSR examination |  Free CPR training on Sept 23 at Imago | 
 BM

Joniston wajar diiktiraf 'Bapa Pelancongan Kiulu'

170418-joniston-2
BERSALAMAN … Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman diiringi Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai

17th April, 2018

TUARAN: Kiulu yang terletak berhampiran kaki Banjaran Crocker semakin terkenal sebagai pusat ekopelancongan luar bandar di Sabah, terutama acara berakit di sungai.

Rata-rata penduduk yang ditemui berkata Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai memainkan peranan penting dalam memajukan lagi sektor pelancongan di Kiulu, khususnya pembangunan ekopelancongan yang sedang rancak diperluaskan ke kawasan kampung sekitar.

Lasmin Lopog, 42, berkata berdasarkan pelbagai usaha yang dilaksanakan Joniston dalam memajukan ekopelancongan dan pelancongan luar bandar ini, beliau sangat layak diiktiraf sebagai Bapa Pelancongan Kiulu.

“Kita lihat usaha beliau (Joniston) adalah menyasarkan untuk memajukan ekonomi masyarakat luar bandar khususnya di Kiulu.

“Pembangunan pelancongan di Kiulu telah memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menceburi dan bergiat aktif dalam industri luar bandar, yang sudah tentu meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk kampung,” katanya kepada Bernama.

Lasmin yang juga pemilik pusat pelancongan ‘Kondis Point Kiulu’ yang terletak kira-kira 2 kilometer dari pekan Kiulu berkata, beliau mula menceburi bidang pelancongan pada 2014 setelah melihat pelbagai usaha yang dilakukan Joniston bagi menggalakkan penduduk setempat membangunkan pelancongan di kawasan masing-masing.

Unus Limun, 43, dari Kampung Lokub, Kiulu pula berkata beliau tidak melepaskan peluang menceburi bidang pelancongan kerana banyak usaha telah dilaksanakan kerajaan bagi meningkatkan sektor ini di sini.

“Saya menghadiri beberapa ceramah anjuran STB di Kiulu…dan hasilnya saya mendapat idea untuk membuka pusat pelancongan di Kampung Lokub yang dikenali sebagai ‘Oniting Camp’. Ia telah dilancarkan oleh Joniston sempena bulan melawat Kiulu pada April tahun lepas.

“Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Oniting Camp termasuk berkemah, meredah hutan dan riadah bersama keluarga seperti mandi-manda di sungai di pusat pelancongan itu,” katanya.

Beliau berkata memang sangat tepat Joniston dianggap sebagai Bapa Pelancongan Kiulu kerana beliau sentiasa berusaha untuk merancakkan industri itu di kawasan Kiulu, yang kini mempunyai kira-kira 50,000 penduduk. “Kiulu sebelum ini memang terkenal dengan aktiviti arung jeram, namun sejak menjadi wakil rakyat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Joniston telah membawa pelbagai program seperti aktiviti ‘tagal’, inap desa yang kini menjadikan Kiulu antara destinasi pilihan pelancongan luar bandar di Sabah,” katanya.

Unus berkata beberapa kawasan di Kiulu kini sering menjadi tumpuan pengunjung seperti di Kampung Malangang, Rangalau Lama, Poturidong, Gamut, serta beberapa kawasan di Ulu Kiulu iaitu Kampung Mantob, Sinorut dan Kampung Pinagon Baru.

Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu, Dr Edmon Guntis berkata sumbangan Joniston terhadap pembangunan pelancongan di kawasan Kiulu sememangnya tidak boleh dinafikan.

Beliau berkata antaranya ialah memperkenalkan program Bulan Melawat Kiulu, yang juga telah dimasukkan dalam takwim pelancongan Sabah.

“Selain itu, Kiulu juga telah dipilih sebagai perintis projek pembangunan ekopelancongan luar bandar seperti yang diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman ketika membentangkan Bajet Negeri Sabah 2018 pada tahun lepas,” katanya.

Edmon berkata bagi merancakkan lagi industri pelancongan di situ, aktiviti Cabaran Pengembaraan Kiulu yang antaranya mengetengahkan acara larian dan berbasikal menyusuri Sungai Kiulu serta arung jeram telah diperkenalkan.

“Dengan sokongan STB serta Persatuan Pelancongan Kiulu, aktiviti ini adalah antara usaha kerajaan negeri untuk mempromosi pelancongan luar bandar di negeri ini, khususnya bagi menjadikan Kiulu sebagai destinasi pelancongan luar bandar yang unggul,” katanya.

Katanya pelbagai usaha yang dilaksanakan bagi membangunkan sektor ekopelancongan Kiulu dilihat berjaya apabila kedatangan pengunjung ke daerah kecil itu meningkat kepada 53,000 pada tahun lepas berbanding hanya 27,000 pengunjung pada 2016. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse