Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Artis nokoiyonon kiguno haro kotinanan sondiri momumuhu do royalti ’ |  Wani Kayriekalabus sinding wagu pintangaan toun diti |  4,184 susumikul mantad 18 institut nokotoimo sakadai poimbida RM950 |  Stesen kereta api di Melalap roboh akan baik pulih |  Borneo Combat Gym serah sumbangan bernilai RM8,660 |  23 RAMD sempurna ambil alih tugas 6RRD |  Ketua, wakil jabatan berpeluang lihat lebih dekat peranan TLDM |  Lebih 4,000 pelajar menuntut di IPT/S di Sabah terima bantuan khas 'one off' RM950 |  Utamakan kepentingan parti: Sapawi |  BN tidak pernah ‘anaktirikan’ kawasan pembangkang: Musa |  Starbucks at Petronas kiosks |  DHL to build Johor gateway |  Hectic match schedule costs Sabah dearly |  Jelius: Worst-ever performance thus far |  MyBazar, online marketplace for promoting local products | 
 BM

Sky tidak jangka lagu 'Walau Jauh' feat bersama Aegy dapat perhatian

16th April, 2018

NUBORNMUSIC (NBM), sentiasa memberi peluang dan ruang kepada sesiapa yang ingin berkarya. Terbaharu, seorang penyanyi dibawah label ini, Sky tampil dengan single pertamanya berjudul Walau Jauh, berkolaborasi dengan Aegy POP.

Walau jauh sudah berada di channel rasmi Youtube NBM sejak akhir bulan lalu.

Menurut Sky atau nama sebenarnya Muhammad Ghazali Walkie, sejak dimuatnaik ke channel rasmi itu, lagu yang digarap sendiri, mendapat feedback yang memberangsangkan.

“Sejujurnya saya memang tidak menyangka. Sebenarnya lagu ini terhasil dalam masa singkat dan beruntung kerana pihak NBM khususnya Aegy, memberi peluang kepada saya untuk merakam lagu ini sekaligus menjadi single solo pertama saya,” kata Sky.

Sky berkata, dia juga tidak menjangkakan lagu Walau Jauh berjaya menarik perhatian pendengar kerana pada mulanya lagu ini hanya sebagai coretan biasa. Namun setelah siap menjadi sebaliknya pula.

Setelah siap disusun dan digubah dengan lebih cantik, lagu itu ditunjukkan kepada Aegy dan seterusnya bersama-sama dalam menghasilkan lirik lagunya.

Sky mengakui lagu Walau Jauh merupakan lagu yang simple dan menarik terutama dari segi melodinya. Apa yang menarik lagi proses penghasilan lagu ini turut mendapat sentuhan pihak luar iaitu daripada Amerika Syarikat.

“Lagu ini sebenarnya telah lama siap iaitu pada tahun lalu, tetapi hanya tahun ini sahaja ia berpeluang untuk diperkenalkan. Kerana pihak NBM pada waktu itu masih mencari jalan sesuai untuk release lagu ini. Selesai pembikinan lagu ini semuanya saya serahkan kepada pihak NBM kerana yakin dengan pengalaman yang mereka ada,” Kata Sky lagi.

Hiburan NST juga difahamkan Sky merupakan anggota kumpulan The Transistor yang turut dibawah label NBM. Menerusi The Transistor, Sky merupakan penyanyi kumpulan ini yang popular menerusi lagu English mereka Never Look Back.

“Saya berharap agar lagu ini mendapat perhatian daripada pendengar. Sentiasa menyokong usaha kami untuk terus memperkenalkan muzik (tempatan) kita walau dimana sahaja berada sekaligus menunjukkan bahawa Sabah juga punyai muzik bertaraf antarabangsa.” Kata Sky lagi.

“Lagu Never Look Back ini juga satu kebanggaan kami…saya dan The Transistor kerana tidak sangka usaha Nubornmusic dapat bawa hingga mendapat perhatian syarikat rakaman Sony Music Malaysia. Kini lagu Never Look Back ini telah dimasukkan ke dalam channel muzik rasmi Sony Music,” katanya lagi.

Sementara itu, Aegy yang merupakan Pengarah Urusan NBM menyatakan NBM sangat komited dengan pembangunan seni muzik di negeri dan sentiasa memberi sokongan kepada setiap produk keluaran label mereka.

“Siapa lagi yang mahu memartabatkan seni muzik di negeri ini kalau bukan kita sendiri. Sebab itulah kami di NBM sentiasa memberi peluang kepada sesiapa dan memberi yang terbaik. Kerana kami ingin memartabatkan bukan sahaja lagu-lagu Sabahan ke peringkat lebih tinggi tapi juga penyanyi-penyanyi juga ingin dibawa hingga ke peringkat antara bangsa.

“Itu adalah salah satu target NBM,” kata Aegy lagi.

Tidak hairanlah jika lagu-lagu mereka agak berbeza. Bukan itu sahaja, demi mengangkat lagu seni muzik Sabah banyak kelainan yang ditonjolkan bukan sahaja dari segi artis-artisnya tetapi juga memberi keterujaan kepada setiap pendengar apabila sering mengambil peluang berkolaborasi dengan artis-artis ternama dan popular.

“Lagu Walau Jauh telah adalah dilancarkan secara online melalui channel rasmi youtube NBM pada akhir bulan lalu. Ianya sangat bermakna bukan sahaja kepada NBM tetapi Sky sendiri,” tambahnya.

Dan untuk mengetahui lanjut lagu ini bolehlah melayari Walau jauh di official Lyric Video di channel yang dinyatakan. “Buat masa ini lagu ini hanya boleh didengar secara online. Promosi juga masih terus dijalankan dikalangan media elektronik dan media cetak.”

Aegy mahupun Sky berharap lagu ini dapat titik perubahan dalam setiap lagu-lagu tempatan. Mereka juga mengharapkan agar penggiat seni di negeri ini juga dapat untuk menonjolkan lebih tinggi muzik Sabah tanpa meninggalkan identiti Sabahan. -OLEH ALMAWATI RAKIM

   
Email Print
   
 
 
E-browse