Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pelajar antara ditangkap kerana dadah |  Yayasan Tzu Chi perlu RM1.7j untuk bina bangunan Pusat Hemodialisis |  Gagal perjuangkan MA63 menerusi Umno, BN sebab keluar parti: Anifah |  Sabah divers a class above the rest |  Andre smashes triple jump record |  Notorius siblings arrested for multi break-ins |  27 Vietnamese fishermen charged |  Form 4 student among 22 druggies caught |  World Wellness Weekend 2018 at Suria Sabah this weekend |  Unduk Ngadau om Ratu Fesyen Sinakagon Baung |  Kouangan duvo kapal monoizuk TLDM, papantod panamangan pitakasan kohisaon |  SPRM papahabus nuzudan kopomoiganan harta buuan polinta kotimpuun ko 1 Vuhan Koopod |  Extra RM10m boost for YSG education fund |  43,565 to sit for UPSR examination |  Free CPR training on Sept 23 at Imago | 
 BM

Kemarau akibatkan penduduk di Beaufort terputus bekalan air

16th April, 2018

OLEH AHMAD APONG

BEAUFORT: Masalah ketiadaan bekalan air adalah berpunca daripada penyedut air (water intake) di Loji Batu 60 tidak dapat menyedut bekalan air mentah kerana paras air sungai Padas yang semakin cetek disebabkan kemarau yang melanda daerah ini sejak tiga minggu lalu.

Seorang Jurucakap Jabatan Air Beaufort berkata sebelum berlaku kemarau yang melanda ,loji bekalan air baru di Batu 60 berdaya upaya membekalkan air bersih sebanyak 30 juta sehari (Mld).

“Namun sejak kemarau ini berlaku bekalan air air yang dirawat merosot dan berlaku kekurangan sebanyak 20 juta liter iaitu loji ini hanya mampu merawat dan membekalkan 10 juta liter sehari,” katanya.

Beliau berkata bacaan paras air yang diperolehi daripada Jabatan Pengairan Sabah menunjukkan paras air Sungai Padas telah berkurangan sejak tiga minggu lalu iaitu masa kini paras air berada 3.05 meter telah berkurangan daripada paras biasa 4.0 meter.

Bagaimanapun katanya usaha sedang dijalankan oleh Jabatan Air dengan menggunakan bantuan pam untuk mengepam air mentah dari Sungai untuk dirawat oleh loji sebelum ianya dapat dibekalkan kepada pengguna seberapa segera hari kelmarin apabila bekalan air siap dirawat.

New Sabah Times difahamkan hampir keseluruhan pekan Beaufort dan Taman-taman perumahan serta kampung-kampung di Kawasan Klias dan Lumadan telah terputus bekalan air bersih sejak empat hari lalu.

Tinjauan wartawan antara kampung yang terjejas iaitu bermula dari Pekan Beaufort Selatan ke Batu 6, Padas Valley ,Lumadan hingga ke Kampung Bukau,dan dari Pekan Beaufort hingga di sepanjang kampung-kampung menuju ke Kampung Gadong hingga ke Padas Damit serta Kampung-kampung sekitar Kawasan Dun Klias.

Dilaman Facebook ramai pengguna mengeluh dan terpaksa bergantung dengan air mineral yang dibeli di Pasar Raya dan Kedai hanya untuk minum,mandi dan memasak.

Sementara itu Presiden Persatuan Berbasikal Beaufort Hj Yunus Rajah menggerakkan jawatankuasanya untuk mengangkut bekalan air menggunakan lori dan membekalkan air secara percuma ke beberapa kampung di sepanjang Kampung Gadong hingga ke Padas Damit dalam Dun Lumadan.

Beliau berkata, masalah air yang berlaku di daerah ini tidak wajar dikaitkan dengan politik ianya langsung tidak ada kena mengena politik walaupun di saat ini kita menghadapi PRU

“Apa yang berlaku ialah bencana alam iaitu kemarau dan Jabatan Air telah menghadapi masalah justeru itu saya simpati dengan masalah yang dihadapi penduduk,” katanya sambil menambah beliau bersama jawatankuasa persatuannya terpanggil untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk menghantar bekalan air dari rumah ke rumah secara percuma.

Yunus yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Beaufort berkata jika ada ruang beliau dan jawatankuasanya juga akan turut menghantar bekalan air ke Restoran-restoran di sekitar Pekan Beaufort yang sangat-sangat memerlukan.

Pada masa yang sama Yunus juga menyeru kepada badan-badan NGO yang mempunyai kemudahan pengangkutan dan tangki air supaya turut sama membantu membekalkan air kepada masyarakat Beaufort.

   
Email Print
   
 
 
E-browse