16th April, 2018
KENINGAU: Mayat seorang lelaki tempatan yang dipercayai mati lemas dijumpai terapung di Sungai Pagalan dekat Mempikit.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Ahmad Jawila berkata, mangsa Sanlee Bin Soupin 26, beralamat Kg. Patikang Ulu Keningau dijumpai oleh orang kampung lebih kurang jam 6.14 petang yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis.
Katanya, mangsa dibawa oleh pihak Polis, bomba dan APM ke daratan untuk dibawa ke Hospital bagi tujuan bedah siasat.
“Kejadian disyaki berlaku sehari sebelum mayat dijumpai oleh orang kampung mengikut pereputan mayat mangsa,” katanya kepada media di sini kelmarin.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa disyaki mati kerana lemas.
Sementara itu, siasatan bedah siasat dibuat oleh pihak hospital mendapati tiada kesan atau unsur jenayah di badan mangsa.
Walau bagaimanapun katanya, siasatan masih diteruskan.
Jelasnya, keluarga mangsa juga hadir di hospital semasa bedah siasat dijalankan. OLEH MARUTIN ANSIUNG
|