Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
We are not traitors, says ex-youth chief |  Labourer accused of stealing RM400 had throat slit |  Promising start for Sabah junior shuttlers |  Peter is new Safa Supremo |  Potihombuson sunduvan guminavo pogun – Shafie |  KD Mahawangsa TLDM pinongimbayat Tadau Poingukab Mawilla 2 |  LHDN Sabah nokopouhu RM7.5 maya’ PKPS gisom ko 10tw Kohopod |  Attaining certain qualities critically needed for youth to face educational challenges |  DoubleVerify provides fraud filtering solution for advertisers globally |  MITI, MIDA, Intel hold IoT forum to review progress |  Pelajar Universiti hilang langgar pantang larang di Sabah |  Ewon: Lebih RM1.8j dividen dibayar 774 peserta Ladang PPRT Tongod |  Program pemutihan PATI tidak akan dilakukan kerap, kata Mohd Azis |  Masyarakat manfaat Hari Kapal Terbuka di MAWILLA |  Kes kematian pekerja ladang, polis giat kesan suspek | 
 BM

Mayat remaja mati lemas telah ditemui

16th April, 2018

TENOM: Mayat seorang remaja berusia 15 tahun berjaya ditemui pada jam 1.50 tengahari oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, di sini kelmarin.

Menurut Ketua BBP Tenom, Zainal Sinsian, mangsa dilaporkan lemas di Sungai Padas pada jam 10.40 pagi, ketika mangsa mandi di kawasan tersebut.

“Mangsa telah dijumpai oleh pasukan bomba pada jarak 3 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

“Rumah mangsa terletak di tebing sungai dan pada ketika itu mangsa mandi bersama-sama dengan seorang kakaknya berusia 18 tahun, seorang adiknya dan seorang adik sepupu mangsa masing-masing berusia 12 tahun,” katanya.

Mangsa yang juga merupakan seorang pelajar SM. St. Anthony Tenom bersama dengan adik-beradiknya dijaga oleh nenek mereka, apabila kedua-dua ibu bapa mangsa bercerai.

Operasi mencari mayat mangsa melibatkan lima orang anggota terdiri daripada anggota BPP Tenom dan dibantu lima orang anggota Pasukan Skuba Zon Beaufort dan juga anggota Balai Polis Tenom seramai empat orang. OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse