Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Artis nokoiyonon kiguno haro kotinanan sondiri momumuhu do royalti ’ |  Wani Kayriekalabus sinding wagu pintangaan toun diti |  4,184 susumikul mantad 18 institut nokotoimo sakadai poimbida RM950 |  Stesen kereta api di Melalap roboh akan baik pulih |  Borneo Combat Gym serah sumbangan bernilai RM8,660 |  23 RAMD sempurna ambil alih tugas 6RRD |  Ketua, wakil jabatan berpeluang lihat lebih dekat peranan TLDM |  Lebih 4,000 pelajar menuntut di IPT/S di Sabah terima bantuan khas 'one off' RM950 |  Utamakan kepentingan parti: Sapawi |  BN tidak pernah ‘anaktirikan’ kawasan pembangkang: Musa |  Starbucks at Petronas kiosks |  DHL to build Johor gateway |  Hectic match schedule costs Sabah dearly |  Jelius: Worst-ever performance thus far |  MyBazar, online marketplace for promoting local products | 
 BM

Penganjuran program sempena Tahun Melawat Keningau dialu-alukan

16th April, 2018

KENINGAU: Ketua Bahagian Umno Keningau, Datuk Sairin Haji Karno mengalu-alukan penganjuran program dari pelbagai pihak sempena Tahun Melawat Keningau 2018, di sini.

Katanya, terdapat pelbagai pihak seperti agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang turut boleh membantu memberi kerjasama kepada mereka untuk melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan.

Katanya, melalui penganjuran-penganjuran ini akan bakal dapat membantu para peniaga kecil-kecilan untuk menjalankan perniagaan ketika program itu dijalankan.

“Melalui penganjuran program ini akan dapat membantu para peniaga-peniaga di sini untuk menjalankan pelbagai perniagaan.

“Kami sebagai pemimpin amat gembira dan mengalu-alukan masyarakat di daerah ini untuk terlibat dalam perniagaan tanpa mengira jenis jualan.

“Ini kerana terdapat ramai orang yang bermula dari kosong telah berjaya dalam bidang perniagaan.

“Bagi peniaga yang baru memulakan perniagaan akan mendapat pengalaman baru untuk berniaga seterusnya diharap agar mereka dapat menjadikan perniagaan ini sebagai kerjaya mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kempen Amal Derma Darah yang dijalankan selama lima hari dari 11 hingga kelmarin, di Padang Bandaran Keningau, di sini pada malam Ahad.

Tambahnya, masyarakat di daerah ini diingatkan untuk terus menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 ini bagi meneruskan pembangunan di daerah ini.

“Pada masa sekarang semakin banyak kedengaran janji-janji daripada pemimpin dari pelbagai parti politik. Oleh itu, rakyat di daerah ini perlu bijak dan berhati-hati menilai untuk memilih janji yang boleh diyakini membantu rakyat di daerah ini khususnya yang telah terbukti membantu rakyat,” katanya.-OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse